expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 10, 2015

MLM: Saya dah serik tertipu!

"Kalau nak cepat kaya, buatlah MLM."
"Buat bisnes jual barang, jangan buat MLM."

Ha, ayat-ayat yang saya biasa dengar. Ada yang suruh buat MLM, ada yang larang.




Zaman muda-muda dulu. Zaman belajar di UKM seingat saya, saya mula selalu dengar istilah MLM ni. Saya pun konpius sebenarnya. Dulu-dulu la. Saya tak tahu pun MLM ni apokobondo. Naif jugak, budak baru belajar kan. 

Suatu hari, kawan sekolej di UKM, ajak dengar penerangan daripada abang dan kakak iparnya. Abang dan kakak ipar tu terangkan kepada kami, 4 orang pada masa tu, tentang MLM (Nama dirahsiakan) yang super bestt dan plan marketing yang sangat mengujakan. Katanya, kami perlu daftar keahlian dengan yuran RM400++ dan perlu daftarkan lagi 3 orang bawah kami. Istilahnya, pasang 3 kaki bawah setiap dari kami,  Kaki yang dah dipasang tu, daftar lagi 3 kaki. Macam tu lah dan seterusnya. Maka, kami akan dapat income beribu-riban. Masa tu, kami dah terpengaruh bila tengok pamplet ada gambar pulau yang best dan peluang dapat income setiap bulan. Nak cari 3 orang bayar RM400 tu, rasanya mudah kot, sebab masa tu kami semua bakal dapat PTPTN.

Maka, minggu berikutnya, kami bawa RM400 (saya tak ingat jumlah tepatnya) dan daftar keahlian di bawah kawan kami tersebut. Maklumlah, kami baru saja dapat wang PTPTN yang segedebuk itu. Kami dapat beberapa kotak kopi dan starter kit yang ada marketing plan (yang saya pun tak tahu nak baca macam mana). Tapi kesibukan kami mengejar tugasan, kelas, fieldwork sebabkan kami tak dapat bergiat membuat MLM tersebut. Kawan yang menjadi upline kami tersebut, kalau tak silap mendapat habuan bonus dari syarikat MLM yang kami sertai, RM1200 katanya. 

Ha, ini cerita 10 tahun lepas, saya pun dah ingat-ingat lupa. Tapi saya ingat kawan tersebut dan nama abang serta kak iparnya. Masuk tahun 2, saya berpindah ke kolej Zaaba, kawan-kawan yang lain masih kekal di kolej lama kami. Saya abaikan cerita MLM dan halalkan duit yang telah dibayar. Banyak benda lain yang perlu fikir. 

Itulah permulaan cerita saya pasal MLM, sejak itu, saya pandang skeptikal tentang MLM. Bila orang ajak buat MLM, cepat-cepat saya tolak. Bila sebut syarikat ni berasaskan MLM, saya terus larikan diri. Sebatu agaknya saya larikan diri. Hihihi. Apa yang saya faham, MLM ni cari orang untuk daftarkan keahlian bawah kita, pasang kaki atau ada yang sebut kepala, lagi ramai orang masuk, lagi masyuuuk duit ke poket kita. Inilah yang telah tertanam di minda saya pasal MLM.

Ada lagi 1 cerita saya pasal MLM ni. Sewaktu saya mula membuat kerja-kerja RA (Research Assistant) dan belajar master di UKM, seorang housemate saya (nama dirahsiakan. Hihi ^_^) mula terlibat dengan 1 MLM yang agak glamer masa tu. Ada kawan kami yang lain, ajak join untuk jana income. Kalau saya sebut jual apa, mesti ramai yang tahu nih. Kawan saya ni, ikut saja ke BOM yang dianjurkan. Saya awalnya tak ambil tahu. Tapi suatu hari, saya diajak sama. Saya pun ikut. Ingat lagi, orang yang bagi talk kepada group kami tersebut, cerita pengalaman dia ke Hongkong yang ditaja oleh syarikat tersebut. Dia tunjukkan gambar-gambar dan suasana semasa di Hongkong. Saya hanya perhati saja. Memang dalam hati, nekad tak akan join. Saya nak tahu saja. Saya tahu, ini MLM yang tak logik. Jual 1 produk saja. Bukan produk yang orang perlukan pun. Tapi jika pandai 'menggoreng', produk yang tak diperlukan ini memang boleh laku. Hihihi

Akhirnya kawan saya sertai MLM ini dengan ambil pakej yang paling rendah. Saya pun tak ingat, berapa harga pakej tersebut. Rasanya RM2000 ke atas. Jika nak ambil yang lebih mahal. perlu buat pinjaman peribadi. Naya tu, kami ni sedang belajar. Mana la ada duit kan. Heheh.. Lama-lama, ianya kelihatan tidak menjadi. Dan kawan saya terus berhenti. Semua yang lain juga turut berhenti dan kami fokus kepada pelajaran dan memulakan hidup dengan kerjaya masing-masing.

Itulah kisah-kisah saya dengan MLM. Multi Level Marketing. Sewaktu saya masih jahil tentangnya.

Seiring dengan usia, saya banyak membaca dan mengkaji. Rupanya MLM yang saya nyaris terlibat itu, bukannya MLM yang patuh syariah. MLM sebegitu sebenarnya fokus untuk daftar ahli saja. Menjual barang dijadikan aktiviti sampingan. Bonus, komisen atau apa-apa imbuhan, bergantung kepada yuran pendaftaran ahli. Sebab itu yurannya mak oiii mahalnya.


Sedangkan konsep MLM ini sebenarnya untuk mempercepatkan pengedaran produk sesuatu syarikat kepada pengguna. 

Ok, nak tahu tak, masa upline saya ajak join Shaklee ni, saya tertanya-tanya, Shaklee ni MLM, HALAL ke? PATUH SYARIAH ke? Saya tak nak dah tertipu macam dulu. Tak nak pisang berbuah 2 kali. ceewah ^^ 

Jadinya saya tanya betul-betul upline saya tu, Master Farihah Abu Kassim (Master adalah pangkat tertinggi dalam Shaklee). Dia bagi penerangan ringkas dan bagi link untuk saya baca tentang MLM yang patuh syariah. Saya juga jenguk web Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dalam artikel Multilevel Marketing Menurut Syariah

Alhamdulillah, penerangan dan bacaan di web Ustaz Zaharuddin serta blog Master Farihah cukup meyakinkan saya untuk sertai Shaklee serta turut berkongsi kebaikan Shaklee kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia.


:)

Meh kita semak kriteria MLM samada patuh syariah atau tak yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. 


1. Harga tinggi dari biasa

Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah. B Complex Shaklee berharga RM0.40 sebiji. Boleh bandingkan dengan produk jenama lain. Begitu juga harga Vitamin C Shaklee yang sustained release. Harga pasaran RM94 untuk 180 biji. Sebiji hanya RM0.40.
Harga vitamin C Shaklee berbanding jenama lain.

2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.

Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 


Sijil Halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services of America dan disemak setiap tahun.


3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 

Produk Shaklee dikenali lebih 60 tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya di sini.
Add caption


4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 

Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.

5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti :)

6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat

7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?

Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.



9. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung



10. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee.


11. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi

Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas.

Ha, dah paham kan konsep dan cara Shaklee? Nak tahu lebih lanjut, kena la tanya saya. Saya akan terangkan lebih terperinci lagi. terutama bab pelan pemasaran dan bagaimana saya dapat jana pendapatan dari rumah. 

Saya suri rumah, tiap-tiap bulan terima bonus 4 angka dari Shaklee. Alhamdulillah.

Yang penting dalam Shaklee ni, ANDA BUAT, ANDA DAPAT. Eh, macam tagline seorang ustazah je. Hihihi..

Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni. 

Moga bermanfaat :) 


Saya dan sepupu, Kak Badrul Asiyah sewaktu National Conference 2014

--------------------------------------------
Jutawan. Muslimah. Dermawan. 
Natrah Mohamed 
Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia. 
011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design