Teks: Natrah Mohamed
Pernah dengar laksa Kuala Perlis?
Meh nak cerita sikit pasal Laksa Kuala Perlis. :)
Ini cerita Isnin lepas. Isnin lepas tu seminggu dah. 31 Ogos 2015, hari Merdeka kita. Mokcik baru nak update blog ni. hihi.. Macam sibuk sangat kan?
Kami balik kampung ke Sungai Petani. Hari Isnin tu, kami ke rumah kak ipar di Kangar, Perlis. Ziarah kakak yang baru lahirkan baby. Lepas makan-makan tengahari dan lepak-lepak di rumahnya, kami keluar ke Kuala Perlis. Sebabnya, suami ada tersebut nak makan laksa Kuala Perlis. Saya ni apa lagi. pantang dengar perkataan laksa. terus beria menuntut kata-katanya dikotakan. Hahaha...
Nasih pula, bila jumpa sepupunya Zaeem dan Zuhdi, terus tak nak makan, asyik main. Kami ajak balik pun tak nak. Jadinya kami umpan dia untuk makan laksa. Melompat lah dia. Makanan kegemaran Nasih. Hihi..Menurun dari mamanya ni la.
Kami cadang nak terus balik lepas makan laksa di Kuala Perlis. tapi Nasih nampaknya masih belum puas main dengan sepupu-sepupunya iaitu Zaeem dan Zuhdi. Jadinya, kami bawa la mereka berdua juga. Hehe
![]() |
Nasih dan Zaeem. Dalam kedai laksa. |
Abang ipar kami cadangkan kedai laksa di belakang Maybank Kuala Perlis. Hehe.. Kami waze Maybank Kuala Perlis dan cari la kedai-kedai di belakang tersebut. Jumpa Kedai Laksa Kak Su. Parking berhampiran kedai penuh, agak jauh juga kami parking. Dan menapak ke kedai tersebut. Dari jauh sudah nampak suasana dalam kedai yang penuh dengan pelanggan. Fuhh..
Oh ya, sebelum melangkah keluar kereta, kami berpesan kepada anak-anak yang dibawa,
"Jalan elok-elok, jangan lari-lari, jangan bising-bising, ikut cakap Mak Ngah dan Pak Ngah."
Mereka angguk dan ikut saja. Hihihi..
![]() |
Laksa Kak Su memang penuh. |
![]() |
Kami menunggu laksa |
![]() |
Yeay ! laksa dah sampai. |
![]() |
Peminat laksa sedang menikmati laksa. |
![]() |
Laksa versi dewasa. Tak pedas sangat. Jika nak pedas, boleh tambah cabai sendiri. |
![]() |
Laksa versi kanak-kanak. Tanpa ulam dan laksanya agak sedikit berbanding dewasa |
Ha, 1 lagi, rupanya orang di sana makan laksa dengan pulut bakar. Kami nampak atas meja lain ada pulut bakar. Ingatkan untuk dimakan waktu menunggu. Rupanya mereka masukkan pulut ke dalam kuah laksa dan makan bersama laksa. Ni pun kami tahu bila kembali ke rumah dan kak ipar bagitahu pasal ni. hihi..
Sebenarnya abang ipar sudah siap-siap belikan kami laksa Kuala Perlis sebelum kami berkunjung ke rumahnya. Tapi kami sesaja nak berjalan-jalan. Sebab itu kami keluar juga ke Kuala Perlis, makan di kedai. Jadinya, laksa yang sedia ada di rumah itu kami bawak balik ke Sungai Petani. Dapatlah mak, ayah dan adik-adik di rumah makan juga. Hehehe...
Ok, itu sajalah cerita laksa Kuala Perlis kami.
Kesimpulannya, laksa ini sedap! haha.. Semua jenis makanan sedap bagi saya. Beza sikit dengan laksa Kelantan yang kuahnya lebih pekat serta tak masukkan cili dalam kuahnya. Laksa Kelantan kuahnya warna putih. Oh ya, saya ni memang selalu buat laksa Kelantan sebenarnya. Selalu la jugak. Sebab memang hantu laksa. Hihihi...
Ok, jumpa lagi dalam entri akan datang. ;)
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.
6 September 2015
No comments:
Post a Comment