expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, September 13, 2015

Mata oh mata: Jaga sebelum terlewat !

Balik dari majlis tahlil arwah Pak Ngah saya, Jumaat semalam, kami berbincang tentang MATA. Sejak awal perjalanan sampai ke depan pagar rumah. Panjangnya cerita. Hihihi..


Saya dan suami masing-masing mengimbas kembali macamana kami boleh bercermin mata. Saya mula pakai spek sejak darjah 4. Saya sebenarnya tidak tahu punca sebenar rabun saya. Nak kata tengok TV, rumah saya memang tiada TV waktu saya kecik-kecik dulu. Apatah lagi laptop, ipad, tab dan smartphone. Hahaha.. Nak kata suka membaca dalam gelap, saya dapat kesan masalah rabun tu sejak darjah 1. Masa tu memang tak pandai lagi membaca. Lancar membaca masa akhir-akhir tahun darjah 1. Sedangkan sewaktu masuk sesi persekolahan tahun 1 itu, saya tak boleh duduk di bahagian belakang. Saya sudah rabun. Perlu duduk di meja paling depan. Barulah jelas apa tertulis di papan hitam. Nak kata keturunan, ma dan ayah saya tidak rabun. Hanya sekarang ni saja ma saya perlukan spek jika membaca Al-Quran. Zaman dulu-dulu, tidak perlu pakai spek pun.

Cermin mata kami


Mungkinkah masalah rabun saya disebabkan masalah kekurangan nutrisi. Wallahualam. Membesar sebagai orang susah, mungkin nutrisi yang penting untuk mata, saya gagal dapat dengan secukupnya. Hehehe..

Darjah 4 saya mula pakai cermin mata. Dipanggil cik specky oleh salah seorang cikgu sekolah saya.

Cerita suami pula. Dia mula pakai spek sewaktu tingkatan 4. Katanya sewaktu dia tingkatan 3, dia suka membaca di waktu petang dan maghrib. Memang tak jaga mata sejak waktu itu dan naik ke tingkatan 4, terpaksa membuat cermin mata. 

"Jangan bagi Nasih tengok laptop dekat-dekat."

Ini pesanan normal suami saya.

"Budak lelaki, kalau dah pakai spek, memang tak dapat aktif. Main bola pun payah. Nak bersukan pun terbantut."

Ini ayat yang suami saya ulang-ulang.

Suami saya risau anak-anak lelakinya turut rabun dan terpaksa memakai spek.

Kan? Risau anak mengalami nasib macam kita.

Terutama di zaman laptop, ipad, tab dan telefon bimbit sentiasa di tangan kita dan kadang-kadang diberikan untuk penggunaan anak-anak.

Kami tidak berikan laptop dan telefon pintar khas untuk anak-anak. Kami hanya berikan masa tertentu untuk anak tengok youtube. Tiada games atau apps yang mereka sendiri boleh akses di dalam telefon kami. Ya. Anak-anak kami memang dilarang keras main games. Malah kami tiada aplikasi untuk anak-anak dalam telefon kami. Hanya youtube saja kami benarkan. Itupun saya carikan dan taip tajuk-tajuk cerita dan lagu yang sesuai untuk mereka tonton.

Oh ya, mari kita baca cara menjaga mata yang disarankan oleh oleh Pakar Perubatan Dr Salmiah Md Sharif  yang dipetik dari website Myhealth.

Bagaimana penjagaan mata yang betul?

Menonton TV/Laptop:

  • Dengan jarak lebih daripada 2 meter
  • Jika anda mendapati diri anda menonton TV terlalu dekat dengan skrin, anda perlu menjalani ujian penglihatan
  • Jangan menonton TV secara berbaring

Semasa membaca:

  • Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm
  • Jangan membaca sambil berbaring

Semasa menggunakan komputer:

  • Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
  • Lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda
  • Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama
  • Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan
  • Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa
  • Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor
  • Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer

Pastikan anda mendapat cahaya yang mencukupi semasa membaca:

  • Cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai penglihatan yang normal
  • Cahaya lampu 150 watt hingga 200 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai tahap penglihatan yang kurang
Gunakan alat pelindung mata semasa menyertai aktiviti sukan.
Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, betik dan tomato.

Jangan memandang dengan tepat ke arah matahari:

  • Cara yang paling berkesan untuk melindungi mata daripada cahaya matahari ialah memakai cermin mata gelap yang direka khas untuk menghalang radiasi ultra ungu
  • Jangan memandang tepat ke arah matahari walaupun menggunakan cermin mata gelap
Elakkan penggunaan sebarang ubat mata tanpa arahan.
Oh ya, kenapa kami bercerita tentang mata?
Sabtu lepas, cermin mata suami saya rosak. Nasih terpijak sewaktu melompat-lompat di atas sofa. Suami saya sedang semak laporan kerjanya dan membuka cermin mata bagi rehatkan matanya seketika. Dia letakkan di atas sofa. Nasih terpijak dan cerminnya pecah. Saya pun tak tahu nak salahkan siapa. Bapa yang letak cermin mata di tempat tak sepatutnya atau anak umur 5 tahun yang terlompat-lompat naik turun sofa. Haha. Abaikan. Suami terus ke kedai spek di Warta, Bangi untuk membuat yang baru pada petangnya. 

Alhamdulillah, power spek suami saya turun lagi 50. Sekarang power untuk rabun hanya 100 saja. Yang tinggi silau. Suami masih boleh memandu, bawa motor, buat kerja tanpa memakai spek. Tapi matanya lebih cepat penat tanpa bantuan spek mata. Hehehe..

Oh ya, nak tahu rahsia untuk turunkan power spek, kurangkan rabun?

Meh nak cerita.

Beberapa bulan lepas, suami saya merungut kerana dia selalu pening jika menghadap laptop terlalu lama. Maka dia mula makan CAROTOMAX. Produk yang sangat bagus untuk kurangkan rabun, silau, malah bantu pesakit katarak untuk sembuh juga.
carotomax ada alpha carotene yang sangat bagus untuk mata rabun, katarak dan silau
Carotomax. Mengandungi alpha carotene yang sangat baik untuk mata.

Selepas sebotol (30 biji) suami saya makan, dia jalani ujian mata di kedai spek. Ujian tu kan free saja. Alhamdulillah, power speknya turun sebanyak 50. Kan? Sukanya. 

Kemudian suami saya membuat spek di kedai tersebut dan dinasihatkan oleh optometris untuk memakai spek dengan kanta yang betul. 

Ya. Rahsia ke dua, pakai kanta yang betul. Sesuai dengan mata kita. Apabila memakai kanta yang betul, power yang betul, gejala rabun boleh dikurangkan. InsyaAllah.

Oh ya. Nak tahu serba sedikit pasal CAROTOMAX?

Ini saya ringkaskan khasiatnya. Bukan untuk mata saja tau :)

  • Lebih selamat dari Vitamin A
  • Ahli saintis menemui beta karotena satu prekursor Vitamin A dan didapati selamat untuk pengambilan.
  • Mempertingkatkan Penglihatan
  • Menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap.
  • Meredakan Penyakit Kulit
  • Melindungi Epithelial
  • Melawan kanser dan oksidasi
  • Mengukuhkan sistem imun
  • Melambatkan penuaan
  • Menghalang pembentukan sel-sel kanser
  • Mengurangkan radikal bebas
  • Menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida
  • Menghalang infeksi
  • Memelihara kesihatan yang baik

Jangan biarkan masalah mata membelenggu hidup kita. Dan jangan abaikan penjagaan mata anak-anak. Mereka masih muda lagi untuk menghadapi masalah rabun. Biarkan hidup mereka bebas daripada spek mata agak kehidupan mereka lebih bahagia berlari dan bermain.

Mahu tanya lebih lanjut tentang CAROTOMAX, hubungi saya: Natrah Mohamed di FB. Atau hubungi 011-27016822 anytime. 


Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni. 
Moga bermanfaat :) Jemput datang lagi tau.

----------------------------------
 Jutawan. Muslimah. Dermawan. 
Natrah Mohamed 
Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia.  
SMS/ WhatsApp:011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design