Tuesday, September 22, 2015

Bercuti di Cameron. Part 1

Kami merancang balik kampung untuk meraikan AidilAdha di Kelantan. Tapi kebetulan suami ada mesyuarat di Cameron Highland. Di Hotel Copthorne. Hari ni 22hb.

Jadi? Kami terus ambil keputusan, bermalam di Copthorne dan esok teruskan perjalanan ke Kelantan. Dah jimat banyak masa dah. 1/3 perjalanan dah lepas. Nanti kami akan teruskan melalui Lojing ke Gua Musang dan ke kampung saya di Kuala Krai.

Alhamdulillah, jam 12 tengahmalam tadi kami check in di hotel ni. Kami bertolak lambat sebenarnya dari Bangi. Sepatutnya selepas Zohor bertolak. Tapi suami uruskan kerja dan hujan sewaktu balik dari pejabatnya, maka lepas Asar baru kami bertolak.

Pagi ni, kami di bilik saja Sementara menunggu suami habis meeting tengahari ni. Anak-anak dah tak sabar nak ke ladang strawberi. Hihi. Sabar dulu. Lepak dalam bilik dulu.

Jom layan gambar sat.

Ada countryside tour. Nak jalan-jalan dengan van yang hotel sediakan, bermula jam 9 pagi.

Rupanya bilik ni tiada aircond. Tapi sejuk. Udara luar sangat sejuk.

Nafiz menikmati suasana pagi tadi. Hihi.. Nak juga tengok. Kita bagi kerusi.

Nasih dan Nafiz meneruskan aktiviti mereka. Main kejar-kejar. Ruang tamu yang luas. Suka la mereka. Baju sejuk beli malam tadi di Mydin Simpang Pulai.

Aktiviti biasa di rumah. Main kerusi. Kat sini pun ada kerusi sorang satu. Layan.

Nafiz ni. Tengok pemandangan

Suasana dari tingkap hotel.

InsyaAllah, saya kongsikan lagi pengalaman kami di Cameron Highland ni. Tunggu. Jangan lupa jenguk lagi blog ohsem saya ni :)

Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni.
Moga bermanfaat :)

 Jutawan. Muslimah. Dermawan.
Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia.
011-27016822

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design