expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 11, 2015

Alfatihah buat Pak Ngah Yusoff

Teks: Natrah Mohamed

Semalam, sewaktu sedang siapkan entri MLM ni, saya terima panggilan daripada Kak Long saya. Masa tu khusyuk mengadap laptop, abaikan telefon dan tak tengok pun whatsapp. Kak Long saya maklumkan, pakcik kami yang dipanggil Pak Ngah sudah meninggal. Innalillahhiwainnailayhiroojiun.. Terkedu seketika.
.
.
.

Pada paginya, Abang Fatah maklumkan dalam group kami, keadaan Pak Ngah sedang kritikal. Waktu itu, saya terfikir, 'apa kata aku tukar tarikh tiket Ma. Anjak lebih awal.'

Saya buka website AirAsia. Baca cara-cara untuk tukarkan tiket penerbangan. Tapi sebab kena daftar Big Shot (apa ntah ni. Hihi), saya tangguhkan dulu. Saya buat kerja-kerja lain.

Sebenarnya, saya sudah belikan tiket Air Asia bertarikh 12hb, jam 9.25 pagi. Untuk ma, kak long dan abang long kami datang ke KL dan menziarah pak ngah (adik kepada ma) yang baru lepas pembedahan jantung pada selasa, 8hb. Sebenarnya nak belikan awal lagi, tapi kekangan kak long yang berkerja dan abang long yang berniaga, jadi kami ambil tiket bertarikh 12hb, Sabtu dan balik terus malamnya.

Namun, tengahari itu kami dimaklumkan, pak ngah sudah pergi menghadap Ilahi. Saya betul-betul terkedu dan terkejut. Kak long minta saya cuba tukar tiket penerbangan. Terketar-ketar jari saya menaip untuk daftar Big Shot AirAsia dan membaca syarat sekali lagi. Rupanya, sudah lepas tempoh 48 jam daripada tarikh tiket. Ya Allah, jika saya buat pertukaran awal pagi tadi, mesti dah sempat ma kami naik fligth dan sempat ziarah jenazah pak ngah. Namun begitu, itulah ketetapan Allah.

Selepas dapat panggilan kak long dan baca info dalam group keluarga kami, saya hubungi suami yang sedang bermesyuarat di Melaka. Suami gagal dihubungi. Samada masih dalam mesyuarat atau telefon habis bateri.
Jam 2 lebih suami hubungi dan bagitahu sedang bertolak dari Melaka. Saya bersiap-siap. Jangkaan suami sampai jam 4 petang dan kami terus ke hospital atau lokasi kubur. Sepupu maklumkan, jenazah akan dikebumi selepas asar di Salak Selatan.

Suami sampai jam 4.30 dan saya sedang tunaikan solat Asar. Kami terus keluar mencari lokasi kubur. Doa-doa agar sempatlah kami menatap wajah jenazah Pak Ngah buat kali terakhir serta sertai solat jenazah. Dalam perjalanan, kami tersesat-sesat. Masuk ke perumahan berdekatan (kerana ikut Waze). Berkali-kali hubungi sepupu yang juga baru sampai dari Melaka kerana berkursus.

Akhirnya jam 5.30 barulah sampai ke Tanah Perkuburan Islam Salak Selatan. Tanah kubur tersebut betul-betul tepi jalan raya. Dan kami pernah lalu kawasan ini rupanya. Saya sampai ke sini sewaktu talqin sedang dibaca. Sepupu dan abang saya yang sampai lebih awal pun tak sempat melihat jenazah. Pantas. Pengurusan ke atas jenazah pak ngah kami cukup pantas. Jam 12.30 meninggal, jam 5 petang selamat dikebumikan. Janji Allah kan. Orang mudahkan kerja-kerja Allah, Allah mudahkan urusannya.

Status saya di FB semalam

Pak ngah saya ini ada komplikasi jantung, diabetes dan sedang jalani dialisis. Ni adalah pembedahan ke 3 ke atasnya dan risikonya 50-50. Akhir Ogos hari tu, saya sempat ziarah di rumah anaknya di Bandar Seri Putra, Bangi. Pak Ngah tinggal bersama anaknya di sini, sedangkan dia ada rumah sendiri di Sungai Besi. Setiap kali kami datang ke rumahnya, kami akan parking depan surau dan solat di surau depan rumahnya. Setiap kali itulah saya terserempak dengannya di surau. Kadang sedang dalam perjalanan untuk solat, kadang-kadang telah selesai solat. Pak ngah berjalan begitu perlahan, namun tak lekang dengan senyuman menyapa sesiapa yang dijumpainya. Saya selalu berfikir, untungnya pak ngah berumah depan surau. Setiap waktu dapat solat di surau. Untungkan.

Malamnya, kami terus ke rumah di Sungai Besi, Pangsapuri Permai. Untuk majlis tahlil buat arwah pak ngah. Di sini juga, rumahnya terletak depan surau dan dia antara orang yang banyak membantu untuk bangunkan surau tersebut. Patutlah, jenazah pak ngah begitu cepat diuruskan. Allah pilih untuk memudahkan urusan ke atasnya :) Moga kita juga dimudahkan oleh Allah. Menurut sepupu lelaki yang turut sama mandikan jenazah di hospital PPUM, muka arwah pak ngah umpama sedang tidur dan tersenyum.

Moga Allah ampuni roh Yusoff bin Mat dan tempatkannya di kalangan yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah, Aminn..

ayat alfatihah
alfatihah



Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni.
Moga bermanfaat :)

-------------------------------------

 Jutawan. Muslimah. Dermawan. Natrah Mohamed Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia. SMS/WA: 011-27016822

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design