Tuesday, August 11, 2015

Resepi masak lontong atau lodeh

Fucuk yang direndam
Tauhu goreng
Sayur. Ubi kentang dan lobak merah juga
Udang saiz sederhana

Selepas solat Maghrib berjemaah pada malam Sabtu, mak menyuarakan hasrat mahu makan nasi himpit, kuah kacang dan sambal serta kuah lodeh atau juga disebut oleh kami sebagai lontong. Mak senaraikan bahan-bahan untuk dibeli. Jadi saya dan suami terus bersiap untuk keluar membeli keperluan memasak tersebut untuk sarapan esoknya.

Sambil tu saya belek-belek blog Che Mat Gebu ( Tiffin Biru). Ni blog resepi yang saya suka. Sebab lengkap bahan-bahannya walaupun saya selalunya masak tak cukup bahan (jimat) 😀😀😀

Ok. Ni bahan-bahannya:
Sayur lodeh:
2 biji ubi kentang. Dipotong dadu.
1 batang lobak merah. Dipotong panjang. Saiz sederhana.
5-10 batang kacang panjang. Dipotong 2 inci.
Separuh kobis bulat sederhana. Dipotong saiz sederhana.
2 biji terung ungu
Segenggam fucuk. Rendam dalam air supaya jadi lembut.
Segenggam suun. Basuh dan rendam seketika untuk elak terlalu hancur.
20 ekor udang saiz sederhana. Bersihkan dan dibuang kulit serta najisnya.
6 biji tauhu bakar (saiz kecik)
2 keping tempe. Dipotong panjang
Bawang merah**
Bawang putih**
Santan cair  (1.5liter)
Kunyit**
Udang kering atau ikan bilis**

Cara-cara membuatnya:
1. Blender bahan2 bertanda ** hingga lumat. Kemudian tumis dengan sedikit minyak. Pastikan guna periuk besar atau tinggi sebab kita perlukan kuah yang banyak.
2. Selepas bahan tumis garing, masukkan sayur-sayur yang keras seperti lobak merah dan ubi ketang.
3. Setelah sayur agak layu, masukkan santan cair serta tambah air mengikut keperluan


Kuah lontong

4. Biarkan kuah mendidih dan sayur yang keras menjadi lembut.
5. Masukkan semua sayur lain serta fucuk, suun serta udang sedikit demi sedikit. Elakkan masukkan udang terlalu awal kerana udang boleh menjadi liat.
6. Kacau sentiasa supaya kuah santan tidak memekat.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. Siap untuk dihidangkan.


Nasi himpit
Kuah kacang
Sambal ikan bilis

Sungguh enak dimakan bersama nasi himpit, kuah kacang dan sambal ikan bilis.

Semua ni saya dan adik-adik ipar masak serentak. Kali pertama ni tau saya masak ni.
Walaupun saya jadi ketua tukang masak (hihihi) tapi biras yang berasal dari Negeri Sembilan yang banyak bagi petua dan cara. Awal-awal pagi dia tak sempat nak bantu banyak kerana anaknya meragam sikit. Tapi banyak yang ditolongnya. Terutama kuah kacang yang dia buat sepenuhnya.

Masak lodeh ni menu raya orang sebelah Selatan kan? Namun sekarang ni semua Negeri dah biasa buat juga. Termasuk orang Kelantan. Hehehe..

Ok. Lainkali saya kongsi resepi lain pula ye.

Jumpa lagi.


Eh, nak dapatkan multivitamin percuma?
Boleh whasap saya: 011-27016822. Atau emel ke natrah.mohamed@gmail.com.

Jumpa lagi.

Assalamualaikum 😃😃😃

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Berjaya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design