expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 25, 2015

Rehat & Santai di D'Puncak Lui

Teks: Natrah Mohamed

Alhamdulillah, berkesempatan untuk 'bercuti' sekejap sambil refresh minda di D'Puncak Lui, Hulu Langat. Kalau nak tahu, Hulu Langat ni memang antara lokasi berehat dan bersantai yang sangat meriah di Negeri Selangor. Allah kurniakan sungai-sungai yang mengalir tenang di kawasan Hulu Langat, menjadikan ia destinasi pilihan hujung minggu untuk berehat bersama keluarga dan sahabat-sahabat, Mesti pernah tahu kan, Sungai Gabai, Sungai Congkak, Sungai Lui, Sungai Tekala, Sungai Tekali dan pelbagai lagi lokasi yang sesuai untuk adakan sesi santai mahupun kem-kem pemantapan diri. 

Oh ya, saya memang betul-betul berehat dan bersantai rasanya pada Sabtu dan Ahad lepas. Saya sekeluarga bertolak lepas Zohor dari Bangi ke Hulu Langat. Mencari D'Puncak Lui. Beberapa kali kami tersesat dan tersalah jalan. Kerana tak jumpa signboard tempat tersebut. Heheh.. Kami ikut sebuah kereta sahabat di depan. Ikut dengan penuh yakin, rupanya mereka juga tak dapat maklumat tepat tentang lokasi itu.

Akhirnya hampir jam 5 petang, kami sampai. Alhamdulillah. Saya bawa baju sendiri dan Nafiz sahaja. Nasih dan papanya akan pulang ke rumah kembali. Selepas minum petang dan keluarkan barang-barang keperluan memasak, suami ambil keputusan untuk bawa balik ke dua-dua anak. Saya tak yakin juga, kerana Nafiz, 2 tahun masih menyusu badan dan tak boleh tidur malam tanpa saya. Nasih, 5 tahun, pada awalnya mahu ikut saya bermalam di situ. Ramai kawan-kawan sedang mandi kolam dan dia sudah teruja untuk mandi sama. Tapi akhirnya dia mahu balik juga. Kerana dia demam dan mahu rehat di rumah katanya. :)

Akhirnya, jam 6.30 petang saya lepaskan anak-anak balik ke rumah dengan papanya. Nafiz dengan bahagia melambai saya,
"Bai mama, jumpa agi."

Saya doakan anak-anak selamat di bawah pengurusan suami. Dan saya dapat mengikuti program di situ dengan lancar, Oh ya, saya sebenarnya bukan ke D'Puncak Lui untuk bersantai-santai. Tapi ada retreat yang perlu saya sertai. Tapi, sepanjang acara, saya banyak sertai acara menyediakan makanan dan makan. Hihi.. AJK JAMUAN kan. ^^

Malamnya, selepas selesai membantu untuk BBQ serta bantu mengemas kawasan, saya dan 2,3 AJK lain mula memotong daging untuk dibuat rendang. Sambil itu kami merebus nasi himpit untuk jamuan raya tengahari esoknya. Hanya 1 dapur sahaja yang ada, maka kami terpaksa menyediakan bahan dan mula memasak waktu malam.

Hampir jam 1pagi kami selesai menyediakan bahan dan mesyuarat ringkas dengan ketua team kami tentang perancangan program-program akan datang, barulah kami kembali ke dorm untuk tidur. Oh ya, waktu mesyuarat tersebut, kami menghidangkan diri sendiri dengan kopi yang sedap. Kopi puith + hazelnut. Saya lupa jenamanya. Tapi disebabkan kesedapan dan keharuman kopi tersebut, saya terminum. Heheh. Maka, tak dapat lelapkan mata sewaktu berada di dorm. Saya sembang dengan seorang peserta lain yang tidur di sebelah tilam saya sehingga hampir jam 3 pagi. Padahal saya perlu bangun jam 5 pagi untuk rebus daging. Berjayakah saya bangun jam 5 pagi? Berjaya. Sebenarnya saya memang tak boleh minum mana-mana kopi. Kopi sebabkan saya tak boleh lena malamnya. Tapi saya telan 3 biji OSTEMATRIX sebelum lelapkan mata hampir jam 3 pagi tersebut. Alhamdulillah, Ostematrix memang membantu untuk tidur lena dan bangun dengan mudah.

Disebabkan anak-anak tiada di sisi, saya memang santai-santai saja di sini. Tambah pula telefon rosak, maka tiada la keadaan membelek telefon di tangan. Kebanyakan masa saya banyak bersembang dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang sudah lama tidak bertemu serta membantu untuk masak.


Pagi yang berkabus di D' Puncak Lui
 Pagi Ahad, saya dan 2,3 kawan memang fokus untuk memasak. Jadi kami tak masuk ke dewan bagi sertai slot-slot yang perlu. Saya ambil kesempatan untuk nikmati pemandangan dan berfikir. Apa yang difikir? Kalaulah dapat beli tanah di kawasan sebegini dan jadikan tempat bersantai macam D'Puncak Lui ni. Memang sangat berbaloi. Ha, berangan panjang saya. InsyaAllah, kalau Allah izinkan, saya akan kotakan angan-angan ini. Doakan.
Kolam renang tempat anak-anak bermain.
Ok, terima kasih kerana sudi membaca catatan ini. Gambar-gambar saya ambil dari blog D'PuncakLui kerana tiada gambar sendiri. Telefon saya kan rosak, maka tiada gambar selfie. Hihi :)

Jumpa lagi dalam entri akan datang. 

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.
24 Ogos 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design