Friday, August 28, 2015

Mama jangan kacau, dia tengah sibuk kerja tu

Teks: Natrah Mohamed

"Mama, jangan la kacau, dia kan tengah sibuk tu. Dia tengah kerja tu."

Ni ayat yang Nasih ulang-ulang sebut sewaktu saya kalut telefon Customer Services Shaklee tadi.

Alkisahnya, saya balik dari ambil Nasih dari sekolahnya, saya sambung membuat panggilan ke Shaklee Malaysia. Untuk buat order barang Shaklee. Sejak pagi lagi saya cuba tembusi talian Shaklee, tapi gagal. Maklumlah, rakyat Malaysia baru dapat gaji selepas sebulan lebih sambut raya, order Shaklee bertingkek-tingkek. Tarikh tawaran diskaun 50% ISTIMEWA untuk ahli pun hampir tamat. Semua pakat serbu nak buat oder.

Apabila saya telefon Shaklee, saya pasang loudspeaker kerana malas pegang telefon di tangan. Operator yang menyahut mengulang-ulang ayat: 
"Kami sedang sibuk, Perunding jualan kami akan melayan anda dengan segera, harap bersabar."

Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Nasih, sesuai dengan namanya iaitu penasihat, terus nasihatkan saya supaya tidak kacau Shaklee. Hihihi ;)

Oh anak. 

Tapi saya tak dengar nasihat dari Nasih. Akhirnya saya dapat juga bercakap dengan pegawai bertugas dan membuat belian Shaklee.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.
011-27016822 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design