Wednesday, August 19, 2015

Keselamatan anak semasa di rumah

Teks: Natrah Mohamed
Sumber: Bidanku 

Kehadiran anak kecil di rumah kita tentu menambah ceria dan bahagia dalam rumah. Kan?
Apa yang tak cerianya, suara tangisan, jeritan, rengekan manja dangerak geri si kecil memang memeriahkan suasana. Bila anak-anak dah pandai bergerak, mesti jenuh nak mengutipnya kan. Bila mereka sendiri dah pandai menyepahkan barang-barang, kita pula yang jadi tak keruan. hahaha ;D

Berikut ini beberapa hal yang perlu diperhatikan di rumah, bagi memastikan keselamatan si kecil.


Keselamatan anak di rumah:

  1. Tutup setiap peralatan elektrik yang tidak digunakan
  2. Pasangkan alat mengesan kebakaran di dalam rumah.
  3. Hindari kabel-kabel panjang yang berjuntaian.
  4. Jauhkan pemetik api serta beg plastik dari jangkauan anak. Beg plastik boleh menyebabkan anak lemas jika memasukkan kepala ke dalamnya.
  5. Bahan kimia/racun mesti disimpan di tempat tertentu dan terkunci rapat serta benar-benar aman dari jangkauan anak anda
  6. Pastikan tingkap/ grill selalu terkunci.
  7. Jauhkan barang mudah pecah atau kaca dari jangkauan anak.
  8. Elakkan perabot yang memiliki hujung yang tajam
Keselamatan anak di rumah
Jaga keselamatan anak di rumah

Keselamatan anak di dapur

  1. Selalu temani anak kecil sewaktu sedang makan. Perhatikan agar dia tidak tersedak.
  2. Simpan pisau serta barang-barang tajam lainnya dalam laci khusus dan terkunci rapat.
  3. Elakkan alas/lapik meja atau tikar. Dengan menarik alas atau tikar, boleh sebabkan si anak tersiram air panas atau tertimpa benda lain sewaktu anak tersebut menarik alas atau tikar.
  4. Jauhkan gelas atau termos  yang berisi air panas dari jangkauan anak anda
  5. Pastikan agar lantai dapur selalu bersih.a
  6. Matikan suis barang-barang elektrik seperti mesin blender dan mesin pencuci baju.
  7. Jauhkan seterika elektrik dari jangkauan anak. Pastikan suis segera ditutup selepas digunakan.
  8. Jauhkan tempat makan binatang peliharaan dari jangkauan anak.
  9. Pasangkan alat pemadam api di dapur.
Alhamdulillah. Ini sebahagian tip keselamatan untuk diri kita dan anak kecil di rumah.

Moga bermanfaat buat semua :)

Terima kasih baca entri ini.


Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design