Sunday, August 9, 2015

Kenali Syeikh Wahbah Az-Zuhaili

Pagi tadi 9 Ogos 2015, kita dikejutkan dengan berita pemergian ke Rahmatullah Syaikh Wahbah Az-Zuhaili. Berita kematiannya berlegar-legar dalam kumpulan WhatsApp yang saya sertai.

Ada terselit sebuah profail ringkas tentangnya. Tajuknya: Syaikh Wahbah Az-Zuhaili Maestro Fikah Dunia Tutup Usia.

Artikel tentangnya ini dalam bahasa Indonesia. Dan saya juga tak tahu siapa penulisnya. Namun, saya kongsikan di sini untuk manfaat dan pengetahuan semua. Mungkin bagi sesetengah orang, Sheikh begitu dikenali, biasa didengari, biasa dengan kitabnya, biasa membaca dan belajar kitab serta buku yang ditulis oleh Allahyarham. Bagi sesetengah orang, namanya mungkin agak asing malah tak dikenali.

Jom kita kenali ulamak dunia ini 😀😀😀

Prof. Dr. asy-Syaikh Wahbah az-Zuhaili tutup usia dalam usianya yang ke-83 (1932-2015). Semoga beliau oleh Allah dijadikan ahli syurga atas jasa-jasa beliau kepada umat Islam.

Sekilas Profil Prof. Dr. Asy-Syaikh Wahbah Az-Zuhaili

a. Ulama Kontemporer yang Dijuluki "Imam As-Suyuthi Kedua"

Prof. Dr. asy-Syaikh Wahbah az-Zuhaili adalah cerdik cendikia (alim allamah) yang menguasai berbagai disiplin ilmu (mutafannin). Seorang ulama fikih kontemporer peringkat dunia, pemikiran fikihnya menyebar ke seluruh dunia Islam melalui kitab-kitab fikihnya. Beliau dilahirkan di desa Dir `Athiah, utara Damaskus, Syiria pada tahun 1932 M. dari pasangan Musthafa dan Fathimah binti Musthafa Sa`dah. Ayah beliau berprofesi sebagai pedagang sekaligus seorang petani.

Beliau mulai belajar al-Quran dan sekolah ibtidaiyah di kampung halamannya. Dan setelah menamatkan ibtidaiyah di Damaskus pada tahun 1946 M, beliau melanjutkan pendidikannya di Kuliah Syar`iyah dan tamat pada 1952 M. Ketika pindah ke Cairo beliau mengikuti kuliah di beberapa fakulti secara bersamaan, iaitu di Fakulti Syari'ah, Fakulti Bahasa Arab di Universiti al-Azhar dan Fakulti Hukum Universitas `Ain Syams.

Beliau memperoleh ijazah sarjana syariah di Univ. al-Azhar dan juga memperoleh ijazah takhassus pengajaran Bahasa Arab di al-Azhar pada tahun 1956 M. Kemudian memperoleh ijazah Licence (Lc) bidang hukum di Universiti `Ain Syams pada tahun 1957 M, Master Syariah dari Fakulti Hukum Universiti cairo pada tahun 1959 M dan Doktor pada tahun 1963 M. Gelar doktor di bidang hukum (Syariat Islam) beliau peroleh dengan predikat summa cum laude (Martabat asy-Syaraf al-Ula) dengan disertasi berjudul "Atsar al-Harbi fi al-Fiqh al-Islami, Dirasah Muqaranah Baina al-Madzahib ats-Tsamaniyah wa al-Qanun ad-Dauli al-'Am" (Beberapa Pengaruh Perang dalam Fiqih Islam, Kajian Perbandingan Antara lapan Madzhab dan Undang-Undang Internasional). Sungguh catatan prestasi yang sangat cemerlang.

Satu catatan penting bahawa, Syaikh Wahbah az-Zuhaili sentiasa menduduki ranking teratas pada semua peringkat pendidikannya. Ini semua menunjukkan ketekunan beliau dalam belajar. Menurut beliau, rahasia kejayaannya dalam belajar terletak pada kesungguhannya menekuni pelajaran dan menjauhkan diri dari segala hal yang mengganggu belajar. Moto hidupnya adalah, “Inna sirra annajah fil-hayat ihsanu asshilah billahi `azza wa jalla”, sesungguhnya rahasia kejayaan dalam hidup adalah membaikkan hubungan dengan Allah `Azza wa jalla.

b. Karir Akademik

Setelah memperoleh ijazah Doktor falsafah, pekerjaan pertama Syaikh Wahbah az-Zuhailli adalah staf pengajar pada Fakulti Syariah, Universiti Damaskus pada tahun 1963 M, kemudian menjadi penolong pensyarah pada tahun 1969 M dan menjadi profesor pada tahun 1975 M. Sebagai guru besar, ia menjadi pensyarah jemputan (visiting scholar) di pelbagai univesriti di negara-negara Arab, seperti pada Fakulti Syariah dan Hukum serta Fakulti Adab Pasca sarjana Universiti Benghazi, Libya; pada Universiti Khurtum, Universiti Ummu Darman, Universiti Afrika yang ketiga2nya berada di Sudan. Beliau juga pernah mengajar pada Universiti Emirat Arab.

Beliau juga menghadiri berbagai seminar internasional dan mempresentasikan makalah dalam berbagai forum ilmiah di negara-negara Arab termasuk di Malaysia dan Indonesia. Ia juga menjadi anggota tim redaksi berbagai jurnal dan majalah, dan staf ahli pada berbagai forum kajian fikah dan peradaban Islam di Syria, Jordan, Arab Saudi, Sudan, India dan Amerika Syarikat.

c. Karya Ilmiah

Syaikh Wahbah az-Zuhaili sangat produktif menulis, mulai dari artikel dan makalah sampai kepada kitab besar yang terdiri atas beberapa jilid. Beliau juga telah menyelesaikan penulisan ensiklopedia fiqih yang beliau tulis sendiri berjudul, "Mausu'at al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Mu'ashirah" yang telah diterbitkan Darul Fikr dalam 14 jilid. Diantara karya-karya beliau yang lain adalah:
• Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh
• At-Tafsir al-Munir
• Al-Fiqh al-Islami fi Uslubih al-Jadid
• Nadza-ariyat adh-Dharurat asy-Syari`yah
• Ushul al-Fiqh al-Islami
• Adz-Dzarai`ah as-Siyasah asy-Syari`ah
• Al-`Alaqat ad-Dualiyah fi al-Islam
• Juhud Taqnin al-Fiqh al-Islami
• Al-Fiqh al-Hanbali al-Muyassar
• Al-Fiqh al-Hanafi al-Muyassar
• Al-Fiqh asy-Syafi'i al-Muyassar

Dr. Badi` as-Sayyid al-Lahham dalam biografi Syaikh Wahbah yang ditulisnya dalam buku yang berjudul "Wahbah az-Zuhaili al-`Alim al-Faqih al-Mufassir" menyebutkan 199 karya tulis Syaikh Wahbah selain jurnal, beliau juga 500-an karya dalam bentuk makalah ilmiah. Demikian produktifnya Syaikh Wahbah dalam menulis sehingga Dr. Badi` mengumpamakannya seperti Imam as-Suyuthi dimasa lampau.

****

InsyaAllah, jika saya tahu penulis profail Almarhum shaikh ini, saya akan edit entri ini.

Alfatihah buat roh Syaikh Wahbah. Moga Allah tempatkannya di syurga dan kita terus mengambil manfaat daripada ilmu-ilmu yang ditinggalkannya.

Assalamualaikum😃😃😃

Natrah Mohamed
HambaNya, yang mengharap Redha dan Rahmat kasih sayang Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design