Wednesday, August 26, 2015

Doa selepas solat

Teks: Natrah Mohamed

Pagi ni nak berkongsi tentang doa selepas solat. Tentu setiap orang dah ada skrip doa masing-masing kan? Ini bacaan doa ringkas yang saya ambil dari blog Panduan Malaysia.

Doa selepas solat

Bismillah hir'rahma nirra'him Alhamdulillah hirob bil a'lamin Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waiz kholnaal jannata maal iiman waad khilnal jannata ma al iiman 
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtim tahtam alaina bisuu ii' khotimah Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam Walham dulillah hirob'bil a'lamiin - 
See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-selepas-solat-ringkas.html#sthash.dS1xYkRZ.dpuf

Maksudnya:


 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Alhamdulillah, kami doakan semua mendapat manfaat.

Jumpa lagi dalam entri lain. Jemput komen.

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design