Hari ni, hari ke 5 Nasih batuk. Nasih, 5 tahun cukup berbeza dengan Nafiz yang sangat gemarkan Omega Guard. Jika Nafiz demam, saya berikan Omega Guard, Alhamdulillah dia tak sempat batuk atau berkahak. Namun si Nasih ni amat sukar untuk diberikan Omega. Lari sebatu agaknya. Hihi :)
Nasih mula demam hari Sabtu lagi. Kami berikan Vitamin C Shaklee untuk kawal demamnya. Lap badan dengan Basic H untuk kawal suhu badan. Ubat demam memang sedia ada. Tapi dia enggan makan. Suami bawa ke klinik pada petang Ahad, terpaksa dipakaikan nebulizer kerana Nasih memang ada asthma.
Petang semalam, selepas kelas di Faizworld Training Centre tentang blog, saya bawa ke Hospital Azzahrah lagi. Kerana badannya masih lemah. Akibat tiada selera makan, Nasih cukup longlai. Darah diambil dan dibuat nebulizer sekali lagi.
![]() |
Nasih diberikan nebulizer di hospital Azzahrah |
Jam 2 pagi tadi, suami balik ke rumah membawa Nasih, doktor sahkan paru-paru Nasih tiada jangkitan. Walaupun dia tidur tak lena dan sering batuk, namun kami agak lega sedikit.
Oh ya, malam ini, kak Farihah cadangkan saya bacakan doa batuk.
![]() |
Doa batuk dan sakit dada |
Terus saya google dan jumpa ayat ini. Surah Yunus, ayat 57. Pendek saja ayatnya. 4 patah perkataan. Cara bacanya: letakkan tangan di dada dan baca ayat ini. Cukup mudah. InsyaAllah mujarab. Saya bacakan di dada sendiri dan minta Nasih ikut sewaktu dengar dari Youtube bacaan Ustaz Sharhan. Alhamdulillah, Nasih sedang bermain riang sekarang ni. Jika waktu tidur nanti Nasih masih lagi batuk, insyaAllah kami akan bacakan. :)
Boleh dengar dari Youtube cara yang diajar oleh Ustaz Sharhan Safie ini.
Moga bermanfaat buat semua.
Oh ya, saya juga makan Omega Guard jika batuk. Alhamdulillah, sejak amalkan Omega Guard ni, kalau demam pun tak sempat batuk. Jika batuk pun, tak sempat lama. Paling lama sehari semalam. Alhamdulillah :)
Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment