Thursday, August 27, 2015

Cara pasang CommentLuv di Blogspot

Teks: Natrah Mohamed
Malam tadi, saya cuba buat untuk letakkan CommentLuv di blogspot. Berpeluh-peluh juga di bawah kipas yang berputar sambil layan si Nafiz yang pelbagai ragam malam tadi.
Eh, apadia CommentLuv ni? Ha, nak habaqnya, ia sejenis backlink atau mudahnya, bila orang tinggalkan komen di blog kita, dia akan otomatik tinggalkan link entrinya di situ. Memang berbaloi untuk blogwalking kan? Mesti syok dapat tinggalkan link entri terkini di blog orang lain <3

Saya tiru sebijik-bijik macam step yang diajar oleh Ariff Shah dalam blognya. Banyak kali terkeliru. Hasilnya?  Ha, kena perbaiki lagi agaknya.
Langkah-langkah untuk memasang CommentLuv di Blogspot:
Ok, saya bagi step-step yang diajar oleh blogger Ariff Shah ini. Buat ikut step ye. Kalau tak dapat, harap bersabar sebentar, telan B Complex dulu. Then, sambung balik. Hihi :)
Sebelum pasang CommentLuv, install dulu IntenseDebate kat Blogspot masing-masing. Register kat IntenseDebate.com. Login atau sign up.
1. Login dan klik Install IntenseDebate.
2. Dah add tu, jangan continue dengan step dia lagiKlik Sites> Blog anda> Plugins> Activate CommentLuv. Edit la segala options yang ada, boleh letak Facebook share button sekali kalau nak. (Step ni saya tunggu dan klik pelbagai link. Tiada options untuk edit.)
Klik Sites di bahagian atas dan pilih nama blog. Tak perlu masukkan nama blog dan klik next step.

3. Dah set up, klik Tools> Reinstall.
4. Select installation type: Aku cadangkan supaya pilih Template. Tak susah sangat sebenarnya.
5. Install only on all new post, kalau tak komen-komen lama akan hilang (hidden).
6. Buka Blogger.com> Dashboard> Blog anda> Layout> Edit HTML> Download Full Template. (Yang terkini, perlu pilih Template instead off Layout)
Pastikan korang simpan copy .xml file tu seperately, just in case kalau apa-apa terjadi, boleh restore balik.
7. Browse file .xml tadi, klik Upload file and continue.
8. Dah upload, copy code (CTRL+A dan CTRL+C) yang telah di modify.
9. Lepas tu pergi semula ke Blogger.com> Dashboard> Blog anda> Layout> Edit HTML>, paste (CTRL+A dan CTRL+V) code baru.
Semua step ni, dalam website IntenseDebate ada diajar. Atas ni terjemahan ke Bahasa Melayu oleh Ariff Shah.
Cuba buat dan tinggalkan komen anda di entri ni :)
Moga menjadi dan bermanfaat.
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design