expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 20, 2015

8 Cara atasi penyakit tekanan darah tinggi. Semua wajib tahu.

Teks: Natrah Mohamed

Orang kata, tekanan darah tinggi ni adalah penyakit moden. Betul ke? Bagi saya betul. Seorang kenalan saya, berumur 30 tahun, disahkan hidap penyakit darah tinggi ni. Sekarang ni senang nak dapat penyakit-penyakit moden ni. Semua bergantung kepada gaya hidup dan gaya makan. 

Apa itu tekanan darah tinggi?
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%. Sumber: Portal MyHealth.

Tekanan Darah
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Tekanan darah tinggi atau hypertensi berlaku apabila bacaan Sistolik lebih daripada 140 atau bacaan diastolik lebih daripada 90. Bacaan normal adalah: Sistolik bawah 120 dan diastolik bawah 80.


Tekanan darah tinggi berisiko medapat sakit jantung.
 Punca Tekanan Darah Tinggi/ Hypertensi
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.
Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda dan gejala
  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.
Komplikasi
Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
  • Peningkatan mendadak tekanan darah
    • Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
  • Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
    • jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
    • pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
    • buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
    • mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
    • otak- strok/angin ahmar
Bagaimana Mencegah Hypertensi

Mari kita kaji bagaimana untuk bantu hindari penyakit yang boleh membawa maut ini. Cegah awal sebelum ia terjadi atau kurangkan risiko ia menyerang kita.

1. Tingkatkan aktiviti fizikal dan senaman. Ambil masa dan peluang untuk perbanyakkan aktiviti melibatkan pergerakan. Situasi kerja masa kini yang banyak menghadap gajet dan laptop menjadi punca kita kurang bergerak, tidak berpeluh dan sekaligus kurang membakar lemak dalam badan.

Tingkatkan aktiviti fizikal 
2. Kekalkan berat badan normal. BMI individu yang normal adalah 18.5 hingga 24.9. Turunkan berat badan, boleh menurunkan potensi mendapat penyakit tekanan darah tinggi. Mahu dapatkan suplemen untuk kuruskan badan? Hubungi saya. Saya sedia bantu.

Kekalkan BMI normal
3. Kawal pengambilan garam
Garam yang tinggi dalam menu harian adalah punca berat badan naik dan sekaligus meninggikan tekanan darah. Perhatikan menu-menu harian yang diambil. Jika ia terbukti tinggi kandungan garamnya, cepat-cepat hindari.

Hadkan pengambilan garam
4. HAdkan pengambilan minuman berkafein.
Saranan kurang daripada 2 cawan sehari. Namun saya sendiri memang ambil kopi O sebulan sekali saja. Menu kopi, teh, nescafe sangat jarang diambil. Kerana saya mengambil vitamin. Pengambilan vitamin bersekali dengan minuman berkafein boleh menghalang penyerapan khasiat vitamin. Lebih baik saya elakkan awal-awalkan.

Hadkan pengambilan minuman berkafein
5. Elakkan pengambilan alkohol berlebihan.
Saya yakin, pembaca blog saya tak ambil alkohol kan? Alhamdulillah.

Elakkan pengambilan alkohol berlebihan
6. Pengurusan tekanan dan tidur yang berkualiti.
Nasihat saya, banyakkan berzikir untuk dapatkan ketenangan. Sebagai orang Islam, perbanyakkan mengingati Allah dan baca Al-Quran adalah terapi terbaik untuk hidup yang tenang. Jika tak mampu baca Quran, usahakan mendengar Al-Quran sewaktu berkerja atau sedang berehat. Selain itu, boleh juga dapatkan vitamin B Complex dan Ostematrix dari saya. B Complex dan Ostematrix cukup membantu untuk dapatkan ketenangan dalam kehidupan harian sekaligus memberikan tudir yang lena. InsyaAllah.

Urus tekanan dan dapatkan tidur yang berkualiti.
 7. Amalan pemakanan sihat.
Perbanyakkan mengambil buah-buahan segar, sayur segar, ulam-ulaman, makanan rendah lemak, insyaAllah bakal membantu menurunkan tekanan darah tinggi. 
Pengambilan makanan segar dan sihat.
 8. Berhenti merokok.
Rokok difatwakan haram untuk diambil oleh umat Islam kerana ia mengandungi pelbagai racun berbahaya. Sekaligus ia meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit lain seperti kanser paru-paru, kanser tekak, kanser hidung, kanser esofagus, kanser perut dan pelbagai penyakit lain. Baca tentang bahaya merokok di sini. Walaupun ramai akui sukar untuk berhenti merokok sekaligus, namun pemerhatian saya, ramai yang berjaya berhenti merokok jika ada kemahuan yang kuat. Shaklee ada produk untuk bantu berhenti merokok, iaitu VIVIX. Mahu cuba Vivix? Boleh hubungi saya. :)

Berhenti merokok.

Ada ahli keluarga anda yang alami tekanan darah tinggi? Mahu bantu mereka dengan vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya.

Set turunkan darah tinggi Shaklee
Saya sedia bantu untuk khidmat nasihat dan pertanyaan tentang produk Shaklee untuk turunkan darah tinggi.

Hubungi saya, Natrah Mohamed 011-27016822.

Terima kasih sudi menjenguk blog ini. Datang lagi tau :)

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design