Friday, August 21, 2015

7 Cara turunkan obesiti kanak-kanak

Teks: Natrah Mohamed

Ini keratan akhbar 10 tahun lepas. 

Masalah kesihatan berkaitan dengan obes boleh dikurangkan dengan tabiat makan yang baik dan senaman yang kerap. Menurut portal Myhealth, sekarang ini lebih kurang 30% kanak-kanak di Malaysia alami obesiti. 
Portal MyHealth oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan aktiviti berikut untuk  menurunkan tahap obesiti di kalangan kanak-kanak.
1. Kegiatan fizikal setiap hari, selama sekurang-kurangnya 1 jam. Ini berkesan untuk mengawal berat badan dan mengurangkan risiko penyakit, di samping meningkatkan kekuatan otot. Kanak-kanak patut terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang selepas makan malam. Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau terlalu memenatkan. Senaman yang baik sepatutnya melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot. Untuk kanak-kanak pra sekolah, permainan di taman permainan atau aktiviti diluar rumah perlu digalakkan.
 2. Sokongan dan minat ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak mereka. Aktiviti yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan menggunakan satu carta. Pujilah mereka sekiranya mencapai matlamat. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.

3. Hadkan aktiviti sedentari, iaitu tidak boleh melebihi 2 jam sehari (video atau wayang, permainan video, aktiviti komputer). Ini tidak termasuk ulangkaji dan kerja sekolah. Elakkan penggunaan lif dan lebihkan penggunaan tangga.

4. Galakkan kanak-kanak makan 5 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Hiaskan pinggan makan untuk kanak-kanak dengan pelbagai warna menggunakan tomato, brokoli, jagung, karot, ubi kentang dan kacang hijau. Hidangkan buah-buahan segar seperti tembikai, belimbing, limau dan elakkan jus.
Galakkan anak makan sayur dan buah segar

5. Makan mengikut masa, iaitu untuk sarapan pagi, tengahari dan malam. Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak akan berasa terlalu lapar menyebabkan terlebih makan kemudian.

6. Makan sarapan pagi, tengahari dan malam di rumah bersama ahli keluarga. Elakkan makan sambil menonton televisyen.

7. Jangan meletakkan televisyen di bilik tidur anak.
Bagi yang ada masalah anak alami obesiti, boleh cuba set Shaklee ni. Omega Guard  dari minyak ikan terbaik dunia tersangat bagus untuk otak yang cerdas sekaligus membakar lemak dalam salur darah. Baca tentang kelebihan Omega Guard Shaklee di siniMealshakes pula membantu untuk bekalkan nutrisi seimbang untuk badan anak. Baca tentang Mealshakes di sini.

Mealshakes dan Omega untuk anak sihat ceria
Mahu dapatkan suplemen bagi menggurangkan masalah obesiti? Hubungi saya :)
Mahu dapatkan nasihat tentang produk-produk Shaklee? Hubungi saya :)

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.
011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design