Wednesday, August 19, 2015

9 tips didik anak cerdas dan bijak

Teks: Natrah Mohamed
Sumber: TeksDrama

Assalamualaikum, artikel ini dalam bahasa Indonesia. Saya cuba alih bahasa ke Bahasa Malaysia. Cobain ya. Usah marah jika salah :) heheh

22 Tip untuk didik anak cerdas dan bijak.


1. Ajak untuk berbicara. Ceritakan perihal apa saja kepadanya. Yang jelas, sehingga anak tahu dan rasai, bahawa mereka adalah perhatian utama kita. Ini dapat memberi sokongan bagi  perkembangan pengetahuan bahasa serta berpikir mereka. Saya biasanya bercerita dan memberitahu sebab saya berbuat sesuatu perbuatan. Contohnya, saya upload cerita tentang Nasih tak sihat di blog ini dalam entri ini. Nasih perhatikan perbuatan saya. 
Saya jelaskan, "Mama tulis  cerita Nasih ni dalam blog mama, nanti Nasih dah besar, Nasih boleh baca dan tahu keadaan masa Nasih kecik." Nasih angguk paham :) 

2. Berikan buku anak-anak dengan huruf yang besar serta gambar yang jelas. Ini dapat menolong anak-anak mengerti apa yang mereka tengok serta juga perlahan-lahan belajar membaca perkataan.
panduan anak bijak

3. Beli kaset / vcd / dvd di dalam bahasa asing. Agar mereka mudah faham bahasa asing contohnya Bahasa Arab, Bahasa Mandarin atau Bahasa Inggeris.

4. Beli huruf/mainan huruf dibuat daripada plastik serta letakkan di bilik mandi. Sewaktu mandi, perkenalkan ciri-ciri baru srta berulang-ulang hingga anak hafal. InsyaAllah  anak-anak lebih cepat dapat pelajari hubungan perbualan serta mengenal huruf.

5. Sentiasa lakukan pengulangan. Sesetengah ibu bapa cepat kecewa atau jadi putus asa bila anaknya berkali-kali membaca satu halaman di buku yang sama atau melihat video, cerita yang itu saja. Janganlah pelik serta panik ! Ini adalah perkara biasa. Juga jangan berputus asa jika anak cepat menunjukkan penolakan atau terlalu cepat hilang perhatian. Perhatian lebih kurang seminit pun sudah cukup bagi tahap mereka. Anak-anak saya cepat beralih perhatian, awal dulu saya rasa agak kecewa juga, tapi bila tahu ia perkara normal bagi tahap umur mereka, saya teruskan sesi-sesi pembelajaran singkat dan termampu dengan mereka.

6. Beli huruf-huruf serta angka-angka yang terbuat dari magnet. Letak di peti ais dan biarkan anak bermain serta susun atur huruf-huruf sendiri. Sesekali ajar dan perkenalkan mereka dengan perkataan mudah yang dapat dibuat dengan huruf tersebut. Tukar perkataan baru setiap minggu.

Anak bijak sentiasa ceria

7. Baca cerita tiap-tiap hari. Baca dengan intonasi serta ekspresi seperti kita sedang berlakon drama. Hihi.. mesti seronok kan.

8. Kajian menunjukkan perkembangan otak juga berkait rapat dengan pendidikan jasmani, contohnya merangkak sebelum  berumur 1 tahun. Jika kita serta anak-anak kerap lakukan aktiviti fizikal bersama, ini sangat menolong meningkatkan perkembangan fizikal serta otak mereka.  Contoh lain, berjalan, menunggang kuda, berenang, serta pelbagai aktiviti lain.

9. Beli satu set pembelajaran serta pendidikan untuk anak. Contohnya buku, VCD, CD, serta buku panduan untuk ibubapa bagaimana mengajarkannya. Ensiklopedia berlustrasi khusus untuk anak-anak juga, sangat berbaloi untuk perkembangan mereka.

Ok, itu saja tips untuk membantu perkembangan anak cerdas dan bijak.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Moga bermanfaat. jemput datang lagi tau :)

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design