Friday, July 17, 2015

Raikan Syawal di Sungai Petani.

Keluarga kami


Alhamdulillah. Tahun ni, keluarga kecil kami meraikan 1 Syawal di rumah sebelah suami, di Sungai Petani, Kedah.

Kami bertolak balik dari Bangi pada pagi rabu, sampai hampir jam 8 malam. Berbuka puasa dalam kereta yang waktu itu terlekat di kesesakan jalan di Plaza Tol Juru. Redah aje jem. Alhamdulillah.


Air sirap dicampur performance drink Shaklee

Disebabkan mertua tak sihat, tugas memasak menu raya dibuat oleh saya dan biras, Hidayu dan dibantu ahli-ahli keluarga lain. Hidayu orang Felda di Serting, sudah biasa masak-masak untuk menu yang dimakan ramai. Manakala saya yang anak perempuan bongsu ni masih kekok2 sikit, maklumlah, kakak-kakak dan kak ipar ramai. Hihi :-D


Nasi tomato hasil masakan saya dan Hidayu
Antara menu kami
Jumlah kalori untuk setiap menu raya

Owh, bukan nak tunjuk menu-menu yang kami masak sebenarnya. Tapi bila simpan dalam blog ni, moga menjadi kenangan buat kami. Hihihi


Salam Aidilfitri buat semua

Selamat meraikan Syawal.

Moga amalan kita semua diterima oleh Allah.

InsyaAllah kami akan balik ke Kelantan esok, 18hb Julai.

Jumpa lagi dalam entry akan datang.

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee seluruh Malaysia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design