expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 11, 2015

Projek Biskut Raya Super Mudah

Rumah saya tiada oven. Di kala orang lain sibuk membaking, menguli atau mendoh untuk dibakar dalam oven, saya hanya mampu baca dan tengok saja. Waaaa. Sedihnya. Hahaha(^v^)

Saja saya belum beli oven. Tiada keperluan mendesak. Lagipun saya ni kureng rajin untuk memasak benda2 alah macam Kek, biskut atau cupcake Semua tu. Suami tak makan sangat. Saya biasa buat dengan kaedah mengukus. Itupun saya yang bersungguh makan. Suami ambik makan untuk ambik hati saya je. Hehehe..

Eh, panjang pula intronya. Meh kita cerita pasal cara buat biskut Cornflakes Madu Mudah ni.


Bahan:
Cornflakes. Saya guna jenama Kelloggs.
*Buttercup. Lebih kurang 3 sudu besar.
*Gula pasir. 3 sudu (dalam resepi asal 5 sudu)
*Madu. Saya tuang je madu sesuka hati. Hehehe.

Ok. Semua bahan bertanda * kita masak atas api sampai semua cair dan bergaul cantik. Masukkan garam sikit untuk kasi rasa lemak.

Bila dah cair terutama gula, terus sangat masukkan dalam cornflakes. Saya sediakan lebih kurang 1/3 daripada kotak cornflakes ke dalam bekas besar. Senang nak gaul.



Cornflakes yang sudah digaul rata

Sudah gaul sebati, masukkan ke dalam cup. Kemudian tabur colorful rice. Bagi kasi cantik sikit.


Nasih tukang taburkan colorful rice tu dan susun cup penuh dulang.


Ok. Siap. Tak perlu dibakar. Heheh. Terus boleh dimakan.


Inilah Nasih dan hasilnya. Dia dah makan separuh botol dah sehingga petang ni. Adehhh.

Ok. Jumpa lagi.


Terima kasih baca entry ni. Jemput ziarah lagi. ������


Natrah Mohamed
Legasi Nasih Maju.
Ibu anak 2, Jual Shaklee..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design