Ulang tahun Nasih bulan 6 yang lepas. 9hb 6 2010 saya lahirkan Nasih di Hospital Pakar Annur, Bangi. Alhamdulillah. Membesar dengan sihat dan bijak. InsyaAllah, bakal menjadi ulamak terkenal nanti. Doakan ya.
Kami tak pernah sambut atau raikan tarikh ulang tahun dengan membuat majlis. Mungkin bukan budaya kami suami isteri. Biasalah, kami membesar dengan hidup yang sederhana, mak ayah berjimat, banyak benda nak kena hulur duit. Tarikh lahir anak bersilih ganti. Nak sambut atau belikan hadiah tu, tentu mustahil sekali. Kami pun amalkan begitu buat anak-anak kami. Semasa puasa lepas, ada la saya tempah kek, siap dengan ayat 'selamat ulangtahun, Nasih & Nafiz. Kengkonon nak raikan mereka. Tempah dari kawan, sambil-sambil menyokong perniagaan mereka. Tapi apabila kek dihantar, tiada tulisan dan nama anak2 tertera di kek. Kawan itu tertinggal. Makanya, kek tu tidak menjadi kek meraikan ulang tahun anak-anak. Nasih dan Nafiz tak seronok pun lihat kek tersebut. Hehehe..
Eh, back to track..
Aduhai, bila tahu bakal diadakan sambutan di sekolahnya, beria Nasih minta kek Boboiboy. Ada gambar Boboiboy atas kek. Makanya saya ke kedai kek Segar, Seksyen 4 Tambahan, Bangi yang hanya beberapa minit dari rumah. Saya tempah kek dengan edible image Boboiboy. Saiz kecik saja. Untuk diambil pagi Jumaat ni. Hari ni la. Hihihi..
Saya juga siapkan goodies untuk diberikan kepada anak-anak Tadika Nasyrah. Seronok Nasih membantu. Dia yang beria masukkan sedikit snek untuk kawan-kawannya ke dalam plastik. Saya bagi kek Appollo, Coki-coki dan snek syiling saiz 10 sen(kami panggil gambir). Apa ya namanya, tak tahu nak jelaskan. Tapi ketiga-tiga ni jajan yang saya suka makan sejak kecik. Hihi
Saya juga packing Vitalea for children dan Chewable Vita C. Masukkan juga dalam goodies. Moga anak-anak suka.
Nak tanya pasal kedua-dua Vitamin ni untuk anak? Boleh tanya saya.
Natrah Mohamed: 011-27016822.
Ha, punya la banyak menu yang anak-anak Tadika ni bawak. Moga kenyang dan hati gumbira ye semua.
Selamat meraikan Syawal dan meraikan ulangtahun.
Jumpa lagi dalam entri akan datang.
Salam sayang,
Natrah Mohamed.
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment