expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 26, 2015

10 tips urus rumah. Untuk wanita berkerjaya

Teks: Natrah Mohamed
Artikel: Blog CintaMamaAdni.

Tips ini saya ambil dari blog cintamamaadni. Sesuai sangat untuk yang berkerjaya. Tapi.. Wanita berkerjaya dari rumah macam saya ni pun sesuai juga. Hihi..

Jom kita tengok apa tips nya..

1. Membasuh dan menyidai pakaian setiap hari. 
Basuh dan sidai pakaian setiap hari. Jangan tunggu sampai sebakul penuh atau longgokan dah tinggi. Kalau boleh sediakan satu kawasan untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Jadi faktor cuaca tidak akan mempengaruhi kerja kita. 

2. Melipat pakaian selepas kering
Terus sahaja melipat pakaian yang kering tu. Jangan tunggu dan berlengah. Biarlah kita melipat pakaian sedikit setiap hari daripada melipat pakaian yang banyak sekali sahaja. 
Nak mudah lagi, banyak pakaian yang disangkut menggunakan penyangkut baju di dalam almari. Jadi tak banyak yang kita perlu lipat. :)

3. Menggosok pakaian untuk seminggu
Menggosok pakaian adalah satu lagi perkara yang penting. Perlukan masa, tenaga dan tumpuan. Contohnya peruntukkan 1 jam setiap hujung minggu untuk menggosok pakaian semua ahli keluarga untuk stok seminggu. Gosok kemas-kemas dan gantung di penyangkut khas sedia untuk dipakai sahaja. Mudahkan... Jimat masa dan tenaga.. Hehe..

4. Menyediakan bahan memasak untuk stok seminggu
Sediakan siap siap bahan untuk memasak selama seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Kita boleh sediakan cabai dan bawang yang siap dikisar dan simpan dalam peti sejuk. Potong sayur dan simpan juga di dalam peti sejuk. Lagi satu, siang ikan, ayam dan simpan dalam bekas kecil untuk disejukkan. Jika kita nak sediakan stok untuk 5 hari, simpanlah dalam 5 bekas. Senang kita nak nyahbekukan nanti. Mudahkan?

5. Memasak dengan bahan yang siap tersedia.
Apabila sesi memasak bermula, ambil satu bekas kecil ayam atau ikan dan dinyahbekukan. Sementara menunggu ia dinyahbekukan, kita masak dulu sayuran yang siap dipotong. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Kalau lambat menunggu ayam /ikan dinyahbekukan, masukkan sahaja ke dalam microwave oven. Atau sebelum keluar berkerja, bawa keluar ayam/ikan tersebut dari tempat beku, ke tempat sejuk biasa. Balik kerja nanti, ia sudah tidak lagi beku. Sedia untuk dimasak.

6. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak
Semasa kita memasak tu, kita cuci jugak pinggan mangkuk yang kita gunakan semasa memasak tu. Jangan dilonggokkan sahaja di dalam singki dan tunggu habis masak baru kita nak cuci. Sambil tunggu bahan ditumis atau direneh, kita boleh cuci pinggan tu semua. Lepas makan nanti, kita hanya perlu mencuci pinggan mangkuk yang digunakan semasa makan sahaja. Jimat masa lagi. 

7. Menyimpan semula barang di tempatnya
 Latih anak-anak dan suami serta diri sendiri (hihihi ;) simpan semula barang-barang yang digunakan ke tempat asalnya. Contohnya, mainan perlu dikemas semula selepas main. Gelas perlu diletakkan di dalam singki selepas digunakan. Bekas makanan seperti tin biskut disimpan semula. Jangan tinggalkan merata-rata. 

8. Mengemas rumah sebelum tidur
Pastikan rumah tersusun kemas sebelum tidur malam  tu. Menyapu apa yang patut. Tak perlulah sampai mengemop bagai tu. Yang tu elok buat hujung minggu sahaja. Pastikan semua barang berada di tempatnya dan kemas. Selalunya senang sahaja, apabila ahli rumah  tahu nak simpan barang. Kita hanya menyapu sahaja :) Esok petang, balik ke  rumah dah siap tersusun. 

9. Memilih perabot yang senang dibersihkan
Yang ni pun penting jugak. Pilih perabot yang mesra kanak-kanak. Jadi senang nak bersihkan jika tertumpah air. hehe... Anak kan masih kecil... Pilih perabot yang simple sahaja. Tak perlu banyak sebab susah nak menyapu nanti, malah boleh menyempitkan ruang kan?

10. Menyimpan barang di dalam stor
Dan tips yang terakhir, sediakan satu stor untuk penyimpanan barang. Barang yang jarang digunakan disimpan di dalam stor sahaja. Susunlah ikut keperluan kita. Barang yang selalu kita gunakan, diletakkan di tempat yang senang dicapai dan mudah untuk dikemaskan semula.


Amacam? Supermom sekalian? 
Mahu kekal bertenaga dan cergas walaupun sibuk seharian berkerja?
Saya cadangkan Set Istimewa Wanita. InsyaAllah, pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan sekarang dan jangka panjang. Hargai dirimu, kerana ia cukup berharga. Ceeewah. :)


Set kesihatan wanita
Nak tanya apa-apa pasal set kesihatan wanita ini, boleh hubungi saya, Natrah Mohamed  011-27016822. 

Terima kasih kerana sudi bertanya Shaklee dengan saya.
Terima kasih juga kerana sudi beli Shaklee dengan saya :)

Natrah Mohamed,
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design