expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 31, 2015

Nasih dan cerita ulangtahun ke 5.

Kek BoboiBoy

Ulang tahun Nasih bulan 6 yang lepas. 9hb 6 2010 saya lahirkan Nasih di Hospital Pakar Annur, Bangi. Alhamdulillah. Membesar dengan sihat dan bijak. InsyaAllah, bakal menjadi ulamak terkenal nanti. Doakan ya.

Kami tak pernah sambut atau raikan tarikh ulang tahun dengan membuat majlis. Mungkin bukan budaya kami suami isteri. Biasalah, kami membesar dengan hidup yang sederhana, mak ayah berjimat, banyak benda nak kena hulur duit. Tarikh lahir anak bersilih ganti. Nak sambut atau belikan hadiah tu, tentu mustahil sekali. Kami pun amalkan begitu buat anak-anak kami. Semasa puasa lepas, ada la saya tempah kek, siap dengan ayat 'selamat ulangtahun, Nasih & Nafiz. Kengkonon nak raikan mereka. Tempah dari kawan, sambil-sambil menyokong perniagaan mereka. Tapi apabila kek dihantar, tiada tulisan dan nama anak2 tertera di kek. Kawan itu tertinggal. Makanya, kek tu tidak menjadi kek meraikan ulang tahun anak-anak. Nasih dan Nafiz tak seronok pun lihat kek tersebut. Hehehe..

Eh, back to track..

Aduhai, bila tahu bakal diadakan sambutan di sekolahnya, beria Nasih minta kek Boboiboy. Ada gambar Boboiboy atas kek. Makanya saya ke kedai kek Segar, Seksyen 4 Tambahan, Bangi yang hanya beberapa minit dari rumah. Saya tempah kek dengan edible image Boboiboy. Saiz kecik saja. Untuk diambil pagi Jumaat ni. Hari ni la. Hihihi..


Goodies untuk anak-anak tadika Nasyrah, Bangi

Saya juga siapkan goodies untuk diberikan kepada anak-anak Tadika Nasyrah. Seronok Nasih membantu. Dia yang beria masukkan sedikit snek untuk kawan-kawannya ke dalam plastik. Saya bagi kek Appollo, Coki-coki dan  snek syiling saiz 10 sen(kami panggil gambir). Apa ya namanya, tak tahu nak jelaskan. Tapi ketiga-tiga ni jajan yang saya suka makan sejak kecik. Hihi


Sampel Vitamin C dan Vitalea Chewable

Saya juga packing Vitalea for children dan Chewable Vita C. Masukkan juga dalam goodies. Moga anak-anak suka.

Nak tanya pasal kedua-dua Vitamin ni untuk anak? Boleh tanya saya.
Natrah Mohamed: 011-27016822.


Ha, punya la banyak menu yang anak-anak Tadika ni bawak. Moga kenyang dan hati gumbira ye semua.

Selamat meraikan Syawal dan meraikan ulangtahun.

Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Salam sayang,
Natrah Mohamed.
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.


Thursday, July 30, 2015

Vivix untuk semua

Khasiat vivix
Kecoh pasal vivix. Agen anti penuaan paling diminati ramai sekarang ni. Sebotol 180 ml.

Siapa yang perlu ambil vivix ni?

Semua!

Untuk mak
Untuk ayah
Untuk nenek
Untuk datuk
Untuk abang
Untuk kakak
Untuk diri sendiri.

Kenapa semua boleh? Kerana ia pakar membantu pelbagai masalah. Kencing manis, masalah jantung, buah pinggang, kanser, merokok, berat badan berlebihan dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Yakin sangat ke vivix ni boleh sembuhkan?

Vivix adalah makanan kesihatan yang membantu membina sel-sel dalam badan kita. Sel adalah makhluk terhalus dalam badan kita, yang setiap hari berjuta-juta sel dimusnahkan kesan radikal bebas. Bila berjuta-juta yang musnah, badan kena bina dan perbaiki balik.

Kalau tak baiki balik macamana?
Badan kita jadi lemah, cepat nampak tua, penyakit-penyakit senang bertenggek.

Semakin berusia kita ni, keupayaan badan untuk membina dan baiki balik sel tu makin berkurang dan lemah. Jadinya, inilah fungsi vivix. Baiki dan bina dengan lebih efisien. Bila sel badan dapat bantuan daripada VIVIX, penyakit-penyakit yang bertenggek pun dapat dipulihkan kerana kerana sistem badan kita otomatik kembali pulih.

Vivix ni siapa layak makan?

Semua.

Cikgu, pensyarah, doktor, surirumah, geng motor, Ustaz, ulamak, pakar IT, penoreh getah, pembantu makmal, suami mithali, ibu anak 10, bapa soleh, penjual ikan, nelayan laut dalam atau pemilik bot kecil.

Samada sihat atau sakit. Semua layak. Yang sakit wajib kena makan vivix ni. Ikhtiar untuk sembuh. Yang sihat pun kena makan. Ikhtiar untuk cegah penyakit.

Promosi VIVIX untuk Bulan Julai ni hingga esok saja. Nak atau mahu? Boleh whasap saya, Natrah Mohamed 011-27016822 atau emel ke natrah.mohamed@gmail.com.

Khasiat Vivix yang menyeluruh
Oleh kerana khasiatnya yang menyeluruh untuk semua. Maka ia menjadi fenomena sekarang ni. Isteri bagi kepada suami. Cucu bagi kepada nenek. Anak bagi kepada Mak ayah, suami bagi untuk isteri tercinta. Mama bagi untuk anak yang tersayang.

Nak hadiahkan vivix buat keluarga tersayang? Hubungi saya segera.

Natrah Mohamed.
Pengedar Shaklee seluruh Malaysia.

Monday, July 27, 2015

Lihat sendiri perbezaannya! Kulit kekal cantik!

Perbezaan ketara ; 
Kajian Penjagaan Kulit Cantik!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kajian menunjukkan mereka yang menjaga kesihatan kulit mempunyai kulit yang lebih tegang dan sihat di usia tua!

Lihat sendiri perbezaannya!

Perbezaan kulit yang dijaga 


Penggunaan produk yang berkualiti dan bebas kimia, sentiasa selamat, yang mempunyai bukti saintifik, R&D dan Quality test setiap tahun membantu ikhtiar kita dalam menjaga kulit sihat dari usia muda!! 

Ha pastinya Shaklee cukup kriteria ni semua ๐Ÿ˜Š

Ia datang dari luar dalam. Dalaman cantik, Luaran cantik. Semua cantik. Alhamdulillah.

Itulah nikmat kurniaan Allah swt yang kita perlu jaga dan syukuri. Tak gitu?



Shaklee menawarkan rangkaian makanan tambahan / vitamin / supplement untuk penjagaan dari dalam dan juga set penjagaan kulit seperti pencuci muka, toner dan cleanser untuk penjagaan luar. 
Perbezaan selepas menggunakan Shaklee

Ia sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan mesra alam!

Bertukarlah kepada Shaklee, anda pasti merasai perbezaannya.
๐Ÿ˜Š

Nak rasa kan perbezaannya? Hubungi saya, Natrah Mohamed  011-27016822. 

Terima kasih kerana sudi bertanya Shaklee dengan saya.
Terima kasih juga kerana sudi beli Shaklee dengan saya :)

Natrah Mohamed,
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.
๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฒ 011-27016822 tau!
Rakan Shaklee Anda ๐Ÿ‘

Sunday, July 26, 2015

Kisah benar. Hanya dengan sebotol vitamin!

Teks: Natrah Mohamed.
Sumber: KISAH BENAR dari page S2ueffect.

---------------------------
#SHAKLEEEFFECT : SELAMAT TINGGAL RAMBUT BERUBAN

Bismillah...Teruja nak share testimoni customer yong. Fresh lagi niiii..

Dia nak suplemen yang dapat membantu rambutnya kembali sihat dari masalah uban. Dan alhamdulilah, dengan penggunaan konsisten hasilnya sangat memberansangkan! Apa yang dia consume?

Yong suggestkan B complex untuk dia. 



B Complex kurangkan rambut beruban.
Sebab?
B complex mengandungi BIOTIN. Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi mengawal rambut beruban.

Happy sangat bila dapat feedback positif. Al-maklumlah, ni customer lelaki. Faham-faham je la, berapa ramai sangat orang lelaki yang nak telan suplemen. Memula siap tanya lagi shaklee ni untuk orang perempuan saja ka.

Hehe..semua orang boleh consume, lelaki dan wanita. Sebab kita semua berhak sihat. Syabas, anda berjaya mengubah hidup untuk lebih sihat. Tak mahal pun. Beli sebotol tahan 4 bulan tau.

Pssssttt..pasni makin handsome bergaya + sihat laaa!
Anda tak mau ka??

#shakleeeffect
#s2ufamilies
#s2united


Hubungi saya, Natrah Mohamed  011-27016822. 

Terima kasih kerana sudi bertanya Shaklee dengan saya.
Terima kasih juga kerana sudi beli Shaklee dengan saya :)

Natrah Mohamed,
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.
๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฒ 011-27016822 tau!
Rakan Shaklee Anda ๐Ÿ‘

10 tips urus rumah. Untuk wanita berkerjaya

Teks: Natrah Mohamed
Artikel: Blog CintaMamaAdni.

Tips ini saya ambil dari blog cintamamaadni. Sesuai sangat untuk yang berkerjaya. Tapi.. Wanita berkerjaya dari rumah macam saya ni pun sesuai juga. Hihi..

Jom kita tengok apa tips nya..

1. Membasuh dan menyidai pakaian setiap hari. 
Basuh dan sidai pakaian setiap hari. Jangan tunggu sampai sebakul penuh atau longgokan dah tinggi. Kalau boleh sediakan satu kawasan untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Jadi faktor cuaca tidak akan mempengaruhi kerja kita. 

2. Melipat pakaian selepas kering
Terus sahaja melipat pakaian yang kering tu. Jangan tunggu dan berlengah. Biarlah kita melipat pakaian sedikit setiap hari daripada melipat pakaian yang banyak sekali sahaja. 
Nak mudah lagi, banyak pakaian yang disangkut menggunakan penyangkut baju di dalam almari. Jadi tak banyak yang kita perlu lipat. :)

3. Menggosok pakaian untuk seminggu
Menggosok pakaian adalah satu lagi perkara yang penting. Perlukan masa, tenaga dan tumpuan. Contohnya peruntukkan 1 jam setiap hujung minggu untuk menggosok pakaian semua ahli keluarga untuk stok seminggu. Gosok kemas-kemas dan gantung di penyangkut khas sedia untuk dipakai sahaja. Mudahkan... Jimat masa dan tenaga.. Hehe..

4. Menyediakan bahan memasak untuk stok seminggu
Sediakan siap siap bahan untuk memasak selama seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Kita boleh sediakan cabai dan bawang yang siap dikisar dan simpan dalam peti sejuk. Potong sayur dan simpan juga di dalam peti sejuk. Lagi satu, siang ikan, ayam dan simpan dalam bekas kecil untuk disejukkan. Jika kita nak sediakan stok untuk 5 hari, simpanlah dalam 5 bekas. Senang kita nak nyahbekukan nanti. Mudahkan?

5. Memasak dengan bahan yang siap tersedia.
Apabila sesi memasak bermula, ambil satu bekas kecil ayam atau ikan dan dinyahbekukan. Sementara menunggu ia dinyahbekukan, kita masak dulu sayuran yang siap dipotong. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Kalau lambat menunggu ayam /ikan dinyahbekukan, masukkan sahaja ke dalam microwave oven. Atau sebelum keluar berkerja, bawa keluar ayam/ikan tersebut dari tempat beku, ke tempat sejuk biasa. Balik kerja nanti, ia sudah tidak lagi beku. Sedia untuk dimasak.

6. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak
Semasa kita memasak tu, kita cuci jugak pinggan mangkuk yang kita gunakan semasa memasak tu. Jangan dilonggokkan sahaja di dalam singki dan tunggu habis masak baru kita nak cuci. Sambil tunggu bahan ditumis atau direneh, kita boleh cuci pinggan tu semua. Lepas makan nanti, kita hanya perlu mencuci pinggan mangkuk yang digunakan semasa makan sahaja. Jimat masa lagi. 

7. Menyimpan semula barang di tempatnya
 Latih anak-anak dan suami serta diri sendiri (hihihi ;) simpan semula barang-barang yang digunakan ke tempat asalnya. Contohnya, mainan perlu dikemas semula selepas main. Gelas perlu diletakkan di dalam singki selepas digunakan. Bekas makanan seperti tin biskut disimpan semula. Jangan tinggalkan merata-rata. 

8. Mengemas rumah sebelum tidur
Pastikan rumah tersusun kemas sebelum tidur malam  tu. Menyapu apa yang patut. Tak perlulah sampai mengemop bagai tu. Yang tu elok buat hujung minggu sahaja. Pastikan semua barang berada di tempatnya dan kemas. Selalunya senang sahaja, apabila ahli rumah  tahu nak simpan barang. Kita hanya menyapu sahaja :) Esok petang, balik ke  rumah dah siap tersusun. 

9. Memilih perabot yang senang dibersihkan
Yang ni pun penting jugak. Pilih perabot yang mesra kanak-kanak. Jadi senang nak bersihkan jika tertumpah air. hehe... Anak kan masih kecil... Pilih perabot yang simple sahaja. Tak perlu banyak sebab susah nak menyapu nanti, malah boleh menyempitkan ruang kan?

10. Menyimpan barang di dalam stor
Dan tips yang terakhir, sediakan satu stor untuk penyimpanan barang. Barang yang jarang digunakan disimpan di dalam stor sahaja. Susunlah ikut keperluan kita. Barang yang selalu kita gunakan, diletakkan di tempat yang senang dicapai dan mudah untuk dikemaskan semula.


Amacam? Supermom sekalian? 
Mahu kekal bertenaga dan cergas walaupun sibuk seharian berkerja?
Saya cadangkan Set Istimewa Wanita. InsyaAllah, pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan sekarang dan jangka panjang. Hargai dirimu, kerana ia cukup berharga. Ceeewah. :)


Set kesihatan wanita
Nak tanya apa-apa pasal set kesihatan wanita ini, boleh hubungi saya, Natrah Mohamed  011-27016822. 

Terima kasih kerana sudi bertanya Shaklee dengan saya.
Terima kasih juga kerana sudi beli Shaklee dengan saya :)

Natrah Mohamed,
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.

Friday, July 24, 2015

9 Faktor mempengaruhi berat badan. Semua wajib tahu!

Teks: Natrah Mohamed

Ramai yang berpendapat, menurunkan berat badan adalah mudah. Ya, ia mudah bagi mereka yang makan secara sihat dan bersenam. Tapi ia akan jadi sukar apabila ada faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan.


Antara faktor tersebut adalah:


1. FAKTOR KETURUNAN - Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal-pasti susur galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja.

2. JANTINA - Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.

3. UMUR - Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.

4. JENIS BENTUK BADAN - Epal atau pear? Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme.
Bentuk badan  epal: Cenderung untuk  menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser.
Bentuk badan Pear: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.

5. JISIM OTOT - Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini kerana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. Lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50 kalori sehari.

6. JISIM LEMAK - Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana, lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.

7. TABIAT BERSENAM - Selalu bersenam, berjalan berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.

8. TABIAT MAKAN - Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metaboslime. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif. Atau saya boleh cadangkan ambil Vitamin B Complex Shaklee atau Cinch Tea Shaklee bagi tingkatkan kadar metabolisme badan.

9. TEORI SET POINT -  Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai SET POINT yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk ke SET POINT yang baru.

Eh, nak kurus dengan set Shaklee? Boleh mesej atau PM saya Natrah Mohamed 011-27016822. Whasap pun boleh. Emel pun boleh: natrah.mohamed@gmail.com.

Set raya Shaklee


Ribuan testimoni dah berjaya kurus dengan Shaklee. Termasuk saya. Heheh.

Y.E.S

 Berikut adalah soalan dan jawapan asas kepada program hebat YES :)

Apakah YES?
YES adalah Young Entrepreneur System (YES)

Apakah tujuan YES?
YES adalah inisiatif CSR (Corporate Social Responsibility) Shaklee untuk membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan tanpa had. Sebelum ini, CSR Shaklee bertumpu kepada pemberian suplemen kepada masyarakat kurang berkemampuan. Amalan ini mendapat sambutan menggalakkan, tetapi malangnya, ianya kerapkali tidak berpanjangan. Justeru itu, program CSR Shaklee ditukarkan kepada program YES, yang bukan sahaja memberi peluang kepada nutrisi yang baik, tetapi lebih besar dari itu, memberi peluang pekerjaan dan menjana pendapatan.

Siapakah yang layak menyertai YES?
Semua warga Malaysia yang belum mendaftar sebagai ahli Shaklee ataupun yang telah mendaftar tetapi keahliannya telah luput (kerana terlalu lama tidak aktif). Walaupun ditulis perkataan "Young", ia bukanlah bermaksud program ini hanya untuk golongan muda 20an. Tidak. Young disini bermaksud BARU, dalam erti kata baru dengan Shaklee. Terbuka kepada semua bukan ahli Shaklee yang berusia 18 tahun ke atas.
 
Berapakah modal yang diperlukan untuk menyertai YES?
Anda boleh bermula dari modal serendah RM0. Murah sangat. 

Adakah program YES ini selama-lamanya?
Syarikat menetapkan program ini bermula daripada Mei 2015 sehingga Oktober 2015 sahaja. 

Apakah insentif jika saya menyertai YES?
5 Insentif utama yang Shaklee tawarkan:

1. Setiap pendaftaran dengan minimum belian hanya 1 produk akan mendapat Vitalea Iron Formula PERCUMA (bernilai RM94.08).  Sebotol Vitalea ni mengandungi 120 biji. Berbaloi kan? Ia adalah multivitamin pertama dunia.
 

Multivitamin tertua di dunia


2. Insentif khas jika anda berjaya membantu 6 rakan anda menjana pendapatan dengan program YES dalam sebulan. Anda akan dibayar tambahan 100% daripada jumlah yang sepatutnya dapat.

Contoh Ilustrasi


3. Bonus kenaikan pangkat dari RM200 sehingga RM5,000. Wah, sangat berbaloi! Bonus hakiki + Insentif khas + bonus kenaikan pangkat!

Bonus kenaikan pangkat


4. Potongan harga 5% daripada harga ahli khas untuk pembelian YES Packs.
Empat Pack YES yang ditawarkan 5% harga lebih rendah selepas anda mendaftar sebagai ahli Shaklee.

5. Bonus tambahan ke atas bonus bulanan yang anda capai dari 10% sehingga 50%. Kekalkan atau naik pangkat. InsyaAllah anda akan dapat ini.
Bonus tambahan jika setiap bulan menjana RM500 dan ke atas.

Dan kemuncaknya, jika memenuhi kriteria, anda bakal menerima wang tunai RM10,000 dan trofi pengiktirafan !

Trofi dan wang tunai RM10 000 menanti di puncak kejayaan.


Hebat bukan? Inilah inisiatif Shaklee untuk membantu anda memiliki pendapatan tambahan di saat kita sebenarnya terhimpit dengan pelbagai tekanan ekonomi.

Adakah saya perlu menghadiri perjumpaan atau mesyuarat?
Perjumpaan memang diadakan bertujuan untuk berkongsi testimoni, kelas nutrisi dan meraikan kejayaan pengedar Shaklee. Anda akan dijemput tetapi tidak diwajibkan untuk hadir. Hadir atau tidak, ianya pilihan anda. 

Adakah saya perlu ke pejabat untuk bekerja di bawah Program YES?
Bisnes Shaklee adalah bisnes fleksible, pejabat anda adalah pilihan anda dan kebanyakan dari kami yang berjaya dalam Shaklee, pejabat kami hanyalah di smartphone dan tablet. Ya, semudah itu :)

Bagaimana untuk menyertai YES Program?
Hubungi saya di 
sms / whatsApp : 011-27016822
PM di Facebook : Natrah Mohamed.
Email :natrah.mohamed@gmail.com

Sebarang pertanyaan amatlah di alu-alukan.

Salam sayang,
Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.

Thursday, July 23, 2015

Fakta Vitamin B yang perlu diketahui



Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin



Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.


Tanda - tanda Kekurangan B Complex

Depresi
Murung
Insomnia
Kurang selera makan
Sembelit
Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
Kurang konsentrasi
Mudah tersinggung
Melemahkan sistem saraf
Mengganggu fungsi otak
Pembentukan abnormal sel.
Kurang konsentrasi

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

Julai 2015 ni, promosi vitamin B Complex ni. InsyaAllah, hubungi saya dan saya bantu untuk penjelasan lanjut. Saya sebagai ibu menyusu, memang mengambil vitamin ni hampir setiap hari. Alhamdulillah. Sangat membantu untuk menguruskan keluarga dengan lebih relaks. Hehehe..

Emel saya: natrah.mohamed@gmail.com atau hubungi 011-27016822 untuk pertanyaan lanjut. Cari saya, Natrah Mohamed di Facebook ♡♡♡

Jumpa lagi..

Promosi Julai 2015: Vivix, vitamin B Complex dan Multivitamin untuk kanak2. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan dengan harga istimewa :)

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bangi.

Friday, July 17, 2015

Raikan Syawal di Sungai Petani.

Keluarga kami


Alhamdulillah. Tahun ni, keluarga kecil kami meraikan 1 Syawal di rumah sebelah suami, di Sungai Petani, Kedah.

Kami bertolak balik dari Bangi pada pagi rabu, sampai hampir jam 8 malam. Berbuka puasa dalam kereta yang waktu itu terlekat di kesesakan jalan di Plaza Tol Juru. Redah aje jem. Alhamdulillah.


Air sirap dicampur performance drink Shaklee

Disebabkan mertua tak sihat, tugas memasak menu raya dibuat oleh saya dan biras, Hidayu dan dibantu ahli-ahli keluarga lain. Hidayu orang Felda di Serting, sudah biasa masak-masak untuk menu yang dimakan ramai. Manakala saya yang anak perempuan bongsu ni masih kekok2 sikit, maklumlah, kakak-kakak dan kak ipar ramai. Hihi :-D


Nasi tomato hasil masakan saya dan Hidayu
Antara menu kami
Jumlah kalori untuk setiap menu raya

Owh, bukan nak tunjuk menu-menu yang kami masak sebenarnya. Tapi bila simpan dalam blog ni, moga menjadi kenangan buat kami. Hihihi


Salam Aidilfitri buat semua

Selamat meraikan Syawal.

Moga amalan kita semua diterima oleh Allah.

InsyaAllah kami akan balik ke Kelantan esok, 18hb Julai.

Jumpa lagi dalam entry akan datang.

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee seluruh Malaysia


Selamat meraikan kemenangan!

Assalamualaikum.

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Alhamdulillah!

Allah bagi kesempatan untuk kita sampai ke bulan Syawal. Selepas sebulan beribadah di bulan Ramdhan. Moga Allah bagi kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan seterusnya. InsyaAllah.



Selamat meraikan Syawal. Mohon maaf atas segala salah dan silap. 

Natrah Mohamed
Legasi Nasih Maju.

Thursday, July 16, 2015

Wabak akibat bermain gajet!

Teks: Natrah Mohamed
Sumber: drafiqrahim.com

Artikel ini saya petik dari blog Dr Afiq Rahim, seorang doktor perubatan yang saya kenali sejak tulisannya tentang banjir di Kelantan tersebar dan menyucuk-nyucuk hati saya. Ha, menyucuk-nyucuk gitu. hehehe :)

Pernahkah anda bertanya anak anda, yang mana lebih seronok, bersiar-siar di taman atau bermain permainan komputer?

Ya para ibubapa sekalian. Generasi Z selepas ini sedang menerima wabak penyakit baru berkaitan dengan teknologi.

Apakah wabak itu?

Kita bersama En. Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang kini mengetuai unit fisioterapi di sebuah klinik swasta untuk menjelaskan apakah wabak yang sedang menimpa generasi Z pada masa kini.

=================================

Suatu wabak sedang melanda negara kita. Suatu penyakit yang mula pada usia muda dan ia melibatkan perkembangan tulang belakang serta berpotensi untuk mengakibatkan masalah yang kekal ketika usia dewasa. Dan apa yang saya maksudkan bukanlah polio mahupun SARS. Saya sedang memperkatakan tentang perihal penyakit yang ramai ibu bapa pada zaman moden ini terlepas pandang namun boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada anak-anak kita.



Berlalu sudah hari-hari bila mana kita membenarkan anak-anak kita berguling-guling di taman, menangkap belalang atau berlari berkeliaran di keliling kawasan kejiranan. Pernahkah anda melihat kanak-kanak bermain di sekitar kawasan kejiranan anda baru-baru ini?

Bilakah kali terakhir anda melihat anak-anak anda main aci sorok di ruang tamu?

Jika anda sedang membaca artikel ini, tak kira di rumah atau di kedai kopi, cuba perhatikan scenario di sekeliling anda. Jangan terkejut jika anda melihat betapa ramai kanak-kanak yang terbongkok-bongkok menghadap telefon semasa makan atau berlingkar di atas sofa dengan tablet atau menguit-nguit komputer riba di katil, khayal dalam dunia mereka sendiri.

Secara purata, mereka menghabiskan lebih kurang 2-8 jam dalam postur yang abnormal yang boleh menyebabkan perubahan separa kekal pada bahagian tulang belakang jika terus dibiarkan bertahun-tahun.

Apa yang kita lihat sekarang bukan sekadar sakit belakang selepas bekerja, namun masalah yang lebih serius seperti kehilangan lengkungan tulang belakang yang akan lebih sukar diperbetulkan jika dibiar terlalu lama.

Kajian telah dijalankan di Poland untuk membandingkan postur kanak-kanak dari persekitaran bandar dengan teman sebaya di kampung dan didapati kanak-kanak di kawasan bandar menderita postur tubuh tak simetri (tak seimbang) khususnya pada bahagian batang tubuh dan pinggul yang biasanya dikaitkan dengan permulaan skoliosis peringkat awal. Telah dirumuskan posisi statik yang berpanjangan menyumbang kepada bentuk badan asimetri sementara kanak-kanak kampung tidak menghadapi masalah ini kerana mereka melakukan lebih banyak pergerakan, melalui aktiviti dan gaya hidup mereka di luar bandar.

Susan Pitman, Pegawai Kaji Selidik Kanan daripada Pertubuhan Sokongan Kanak-kanak Australia (Australian Child Support Organization) pernah menulis dengan panjang lebar tentang impak teknologi media ke atas perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak. Rumusannya menyatakan bahawa kanak-kanak yang menghabiskan terlalu banyak masa bersama teknologi media sekaligus menjadi tidak aktif boleh memberi impak negatif kepada perkembangan bahasa kanak-kanak, tabiat makan, penyalah gunaan bahan (dadah) dan tentunya perkembangan dan kesihatan fizikal.



Dalam satu laporan The Star Online dan BBC News, telah dilaporkan bahawa ramai anak-anak Asia menyangka dengan memperoleh keputusan peperiksaan yang baik itu bermakna mereka boleh mencapai kehidupan yang berjaya pada masa hadapan. Mungkin ada kebenaran dalam sangkaan itu tetapi ini bermakna mereka akan mengabaikan pendidikan jasmani dan perkembangan dalam kehidupan seorang kanak-kanak.

Di Malaysia, pelajar menengah rendah dan menengah atas menghabiskan purata 30 jam seminggu di sekolah dan hanya satu sesi Pendidikan Jasmani diadakan dalam minggu tersebut. Selepas sekolah, kebanyakan mereka akan mengikuti pelbagai kelas tuisyen yang berlarutan hingga ke malam dan pada masa lapang pula, mereka akan menghadap televisyen atau komputer untuk melepaskan stres/tekanan. Ini bermakna,kebanyakan masa seorang pelajar biasa di Malaysia dihabiskan dengan duduk. Dan ini tidak termasuk lagi tentang kebanyakan orang dewasa di Malaysia rata-ratanya mengamalkan gaya hidup yang tidak cergas. Tidak hairanlah kes sakit pinggang dan sakit kepala semakin meningkat naik!

John F. Kennedy pernah berkata,




“Kecergasan fizikal itu bukan semata-mata kunci kesihatan tubuh badan; ianya asas aktiviti intelek yang dinamik dan kreatif.”



Ini sangat benar dalam kehidupan masyarakat yang moden dan berdaya saing pada masa kini, yang menuntut kekuatan akal lebih daripada kegagahan jasmani. Dan kita pula menghadapi masalah generasi kanak-kanak baharu yang menderita kekurangan fizikal.

Jadi, bangunlah! Tinggalkan tablet dan telefon pintar dan keluarlah, berlari atau berjalan di taman berhampiran bersama rakan atau keluarga. Nikmati masa muda anda dan keindahan alam yang terbentang, secara langsung dan bukan sekadar menontonnya pada skrin/layar semata-mata.



=======================

En. Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi dan bekerja di Sawarak buat masa ini. Beliau mengetuai unit fisioterapi di sebuah klinik swasta dan sangat gigih berusaha memperbetul gaya hidup demi mencegah penyakit seperti skoliosis dan osteoartritis. Artikel ini diterjemah dari artikel asal http://www.mmgazette.com/kids-get-off-the-couch-get-outside-mr-jonathan-goh/ oleh Encik Azizul Ismie Mohd Puad.

Rujukan:
Annals of Agricultural and Environmental Medicine 2012, Vol 19, No 4, 846-850 by Justyna Drzaล‚-Grabiec1, Sล‚awomir Snela1,2, Institute of Physiotherapy, University of Rzeszรณw, Poland
http://www.ozchild.org.au/userfiles/docs/ozchild/researchpapers/ImpactOfElectronicMedia.pdf
The Star Online, Friday September 7, 2012 “Malaysian parents focus more on education than recreation” by Ben Ibrahim

BBC News Business, 22nd October 2013, Asia’s parents suffering ‘education fever’ By Yojana Sharm

Sumber: Anak-Anak, Bangun dan Keluar Bermain! – Jonathan Goh.


Jom kita ubah, usah biarkan anak2 leka dengan gajet-gajet di tangan mereka. Biarkan mereka bermain permainan fizikal. Biar badan mereka aktif sentiasa. Sel-sel otak berhubung dan berkembang dengan pesat sambil mereka bermain tersebut.

Natrah Mohamed
Ibu anak 2 orang,
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi.

Wednesday, July 15, 2015

Merokok meningkatkan peluang berkedut!

Antara "pakej" FREE dan menarik yang disertakan sekali dengan rokok adalah cepat kedut!

Yeke?  Tak percayalah!


Cuba perhati gambar ni, menakutkan bila muka berkedut sedangkan usia masih muda. Atau perhati perokok-perokok di sekeliling anda, muka dan badan mereka kelihatan lebih tua dari usia sebenarkan?


Itulah kesan radikal bebas akibat merokok yang mula memenuhi sel-sel dan organ badan kita! Itu luaran yang nampak, belum lagi kesan dalaman yang perokok bakal dapat contohnya pelbagai jenis kanser yang lebih mudah menyerang. Baca pelbagai kesan merokok di sini

Bagaimana mahu menghindar kedut dan pelbagai masalah kesihatan ini?

Ikhtiarnya adalah UDAH-UDAH le ROKOK tu .Meh minum Vivix, lagi manfaat. Boleh bersih-bersih dan repair sel-sel badan yang dah rosak tu.
.



Untuk ikhtiar dgn Vivix bagi mereka yang komited nak berhenti rokok, boleh hubungi
๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฒ 011-27016822 atau pm di FB Natrah Mohamed.


Jumpa lagi dalam entri akan datang. :)


Tuesday, July 14, 2015

6 Kesan utama merokok terhadap diri sendiri

Info ini diambil dari website InfoSihat. Moga bermanfaat.

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

1. Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
2. Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
3. Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.


4. Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
5. Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.

6. Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Ikhtiar ada pelbagai caranya. Saya cadangkan ambil Vivix. Telah ramai yang berhenti merokok selepas mengambil vivix. Ada yang selepas seminggu, selepas sebulan, malah ada yang sekali minum saja, terus rasa nak berhenti merokok kerana rokok terasa pahit.

Jom tengok testimoni di bawah.

Seorang ibu perokok tegar berhenti merokok.

Rokok terasa pahit. Boleh bersukan tanpa semput

Berhenti merokok selepas beberapa hari ambil Vivix

InsyaAllah dalam entri akan datang, saya akan kongsikan lagi kebaikan dan khasiat Vivix. Rujuk gambar untuk gambaran keseluruhan khasiat produk hebat ini.

Siapa yang perlukan vivix?

Terima kasih sudi membaca entri ini. Mahu dapatkan vivix untuk diri sendiri dan yang tersayang?
Mesej saya di inbox Natrah Mohamed.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design