20 Tips kurus di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah. 5 Ramadhan hari ni. Moga terus diberi kekuatan untuk terus beribadah dan menambah amalan.

Ha, saya nak share sikit tip dari Kevin Zahri. Pakar dalam bab mengKURUSkan badan. Bulan Ramadhan ni, waktu terbaik untuk kurus dan sihat. Maklumlah, perut banyak berehat dan makan pun tak kerap. Peluang untuk kurus sangat besar dan sangat mudah.


Tips 1-5. Mudah sahur.

1. Ambil karbo kompleks.
Karbohidrat adalah pembekal sumber tenaga kepada badan kita.
Contohnya:
Roti perang, nasi perang, atau nasi putih yang tinggi serat dan mempunyai Glisemik Indeks rendah.

2. Elakkan pengambilan garam berlebihan.
Makanan masin akan pegang/simpan air. Ini akan percepatkan dehydration yang akan sebabkan kita cepat dahaga.

3. Target kalori 500kcal.
Perlu ambil menu dan anggar dalam lingkungan 500kcal.
Contohnya:
} Segenggam nasi + lauk + sayur + air.
} Roti perang 2 keping + sapu tuna ikan dalam sos tomato. (Awasi pengambilan sos. Kerana ia tinggi garam)
} 1 mangkuk cereal berserat + susu rendah lemak.

4. Elakkan minuman berkafein.
Minuman berkafein seperti kopi, teh, nescafe, dan Milo adalah diuretik. Diuretik adalah kualiti yang memaksa badan buang air. Oleh itu badan cepat terdehidrat semasa berpuasa.

5. Air: minum banyak atau sikit?
Jangan minum banyak sangat ketika bersahur. Lagi banyak kita minum, lagi cepat badan kita buang air.
Anggaran 2,3 gelas sewaktu sahur.
Contohnya: 1 gelas air manis, 2 gelas air kosong.
Suhu: suam.


Ok, saya akan sambung 15 tips lagi dalam entry akan datang.

Mahu dapatkan eBook 20 tips mudah kurus Ramadhan oleh Kevin Zahri?
PM saya atau emel ke : natrah.mohamed@gmail.com

Jumpa lagi..

Nak kurus dengan set Shaklee, amatlah mudah di bulan Ramadhan ini. Iya. Cuba dan usaha. Insyaallah berjaya. :)

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi,
Pos ke seluruh Malaysia.


Location: Bandar Baru Bangi, Malaysia
Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...