expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 16, 2015

16 Idea kreatif dari pinggan kertas

Pagi ni, mood Nasih untuk ke sekolah sedikit menurun. Mungkin sebab tidur lambat malam tadi dan badan belum cukup tidur. Bangun pagi mencuka. Salam dengan papanya pun tak mahu senyum. Oh, Anak!

Setelah papanya keluar ke tempat kerja, saya gesa Nasih untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Tapi dia masih termenung. Dia minta untuk belek telefon saya. Waktu itu saya sedang mengaji. Janji pada diri untuk mengaji al Quran 4 mukasurat setiap kali lepas solat. Maka 'terpaksa' ditunaikan. Maklumlah, baru nak mula, kena paksa diri!
Saya berikan telefon dan dia mencari-cari sesuatu dalam Facebook saya. Senarai kawan yang sedang online ditekan-tekan dan diskrol dari atas ke bawah, dari bawah ke atas.

"Nasih nak cari apa?"
" Nasih nak cari yang buat kerusi tu, yang ada gantung-gantung tu. Nak tunjukkan Tecer. Nak suruh tecer buat."

Oooo...

Saya cepat-cepat buka FB Nasyrah Bangi Azita. FB cikgu di Tadika Nasih. 2,3 hari lepas kami tengok di FB Tecer Azita, benda-benda kreatif dibuat daripada pinggan kertas. Nasih begitu minat untuk membuatnya. Maklumlah stok pinggan kertas banyak. Beberapa minggu lepas dah banyak dihabiskannya untuk pelbagai bentuk-bentuk ikut kreativitinya.. Hahahaha..

Nasih perhati dan membelek setiap gambar yang dishare dari page DIY Creative Project ke wall Tecer Azita. Beria mintak saya bagitahu tecernya untuk dibuat di sekolah.

"Nasih mandi dulu, pergi sekolah, balik nanti kita buat sama-sama."

Ok. Dah berjaya pujuk dia. Moga petang nanti diberi kerajinan untuk membuat pelbagai dekorasi dari pinggan kertas.


Jom kita tengok..

Ini yang paling Nasih berkenan.
Seronok ni kalau buat dengan anak-anak.



Cantiks dan kreatif kan?


Jom jadikan rujukan. Boleh buat bila-bila masa.

Natrah Mohamed
011-27016822.
Pengedar Shaklee, surirumah dan ibu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design