Assalamualaikum.
Pagi ini saya sertai Shaklee Wellness Workshop anjuran kumpulan upline saya. Shaklee2u. Alhamdulillah. Banyak belajar benda baru dan jumpa kenalan baru. Maklumlah kami pengedar Shaklee ni jarang berjumpa. Semuanya secara online saja. Sesekali ada program sebegini, memang peluang besar kami untuk berjumpa. Berjumpa orang yang selalu bergurau senda dan berbincang hangat di group whatsApp saja.
Seronok!
Goodies bag dan fail sebagai peserta.
Kami berkumpul jam 8 pagi dan dimulakan dengan pengambilan sampel darah berpuasa untuk menilai tahap glukosa dan kolestrol dalam badan. Kami mula berpuasa seawal jam 10 malam tadi. Dan akhirnya boleh makan selepas selesai semua ujian.
Kami juga membuat analisis badan menggunakan Karada Scan. Ditunjuk ajar oleh Master2 Shaklee yang telah berpengalaman dan kemudiannya membuat sendiri. Bergilir-gilir mengambil bacaan dan membaca analisis. Sesuatu yang sungguh mengujakan dan menambah pengalaman.
Beginilah keadaan sebahagian ibu-ibu. Program Shaklee di depan, anak di ribaan. Haha.. Situasi biasa bagi kami. Maklumlah Shaklee ini bisnes keluarga. Anak diangkut sama untuk menghavockan suasana.
![]() |
Perbezaan paku direndam dengan sabun basuh baju jenama Shaklee dan jenama X. Setelah 2 minggu, paku direndam dalam sabun Shaklee masih elok dan tidak berkarat |
Semua ini boleh dilakukan sendiri untuk melihat sendiri perbezaan Shaklee yang menggunakan sumber semulajadi dan lebih selamat.
Air tapisan water pitcher Shaklee bersifat alkaline. PH: 7.7
Ok. Itu saja. Saya akan kongsikan lagi.
Mahu sertai kursus/ bengkel sebegini?
Sertai kumpulan Shaklee saya. Legasi Nasih Maju. Kami pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi. Namun ahli kumpulan kami berada di seluruh Malaysia.
Natrah Mohamed
011-27016822.
No comments:
Post a Comment