expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 20, 2015

2 minggu yang cukup panjang.

Nasih, 5 tahun
Nafiz 2 tahun

Lama benau tak update blog ni. Setelah kembali menarik nafas lega, saya baru boleh menulis di sini. Setelah mata direhatkan. Hanya sesekali menjengah skrin telefon.
Panjang ceritanya yang kami alami 2 minggu kebelakangan ini. Saya ceritakan serba ringkas.


2 dan 3 Mei saya ikuti Shaklee2u Wellness Workshop. Di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Bengkel habis jam 1 tengahari, 3 Mei tersebut. Selepas makan tengahari, kami bertolak balik ke Sungai Petani. Singgah di ofis suami di Brickfield kerana ada laporan dia perlu siapkan.

Saya sudah mula sakit kepala. Suami suruh berehat di surau sementara dia siap kan kerja. Tapi gelagat anak2 yang terlalu bahagia dengan persekitaran pejabat suami, sebabkan saya tak dapat lelapkan mata. Hampir asar kami bertolak balik ke Sg Petani. Sepanjang jalan, saya masih sakit kepala dan Nafiz yang berusia setahun lebih ada tanda-tanda untuk demam. Saya pastikan dia kerap menyusu supaya suhunya stabil.

5hb mak mertua saya ada appointment di Hospital Pulau Pinang. Jadi suami akan temankan. Kami sampai di kampung jam 10 malam. Berehat. Isnin masih cuti. Adik ipar baru tiba dari kampung mereka di Serting, Negeri Sembilan.

4hb kami berehat di rumah. Nafiz demam. Sepanjang hari meragam dan merengek. Dia muntah berkali-kali. Petangnya kami ke pasaraya Giant berhampiran rumah. Membeli keperluan dapur. Hajat mencari klinik jika Nafiz masih demam. Tapi rupanya dia terlalu gembira berada di pasaraya. Lupa yang dia demam. Hehehe.


Awal pagi 5hb, suami, adik ipar dan ayah membawa mak mertua ke hospital Pulau Pinang. Kak ipar yang sulung juga turut sertai. Saya dan adik ipar serta anak-anak berada di rumah. Nafiz masih demam. Namun boleh bermain gembira. Bila saya ke dapur saja dia meragam. Alahai anakku :)

Tengahari, rombongan ke hospital kembali ke rumah. Alhamdulillah, mak mertua belum ditahan wad. InsyaAllah Jumaat 8hb mak akan mulakan rawatan kimoterapi. Oh ya, mak mertua saya disahkan kanser peparu.

Mak masih belum boleh makan dan menelan dengan baik. Dia hanya makan kanji atau moi atau bubur nasi saja. Kami berikan air durian belanda, air daun belalai gajah serta jus-jus lain. Namun agak sukar untuk mak makan. Namun begitu, badan mak nampak sihat. Alhamdulillah. Vivix yang kami bekalkan, mak dapat makan dengan baik. Mengikut jadual.

Petang esoknya, kami membawa Nafiz ke klinik kerana demamnya masih belum kebah. Setelah mencari beberapa klinik di Bandar Sg Petani, akhirnya jumpa Klinik Bersatu yang buka 24 jam. Setelah dapatkan ubat serta sahkan suhunya stabil, kami balik. Namun episod Nafiz muntah masih belum berakhir.

Sepanjang malam dia asyik merengek. Saya pula mula sakit mata. Mata mula merah dan pedih.

Alhamdulillah, esoknya Nafiz mula kebah. Selera makan pun dah kembali ok.

Jumaat 8hb, suami dan ayah mertua membawa mak ke hospital Pulau Pinang untuk mulakan rawatan kimo. Untuk cycle 1, 10 botol air garam dan 3 botol ubat kimo dimasukkan. Keadaan mak dipantau seperti biasa. Suami tidur di hospital menemani mak. Manakala ayah balik ke rumah kerana saya dan anak2 saja di rumah. Alhamdulillah. Badan mak boleh terima ubat tersebut. Tengahari Sabtu, mak dibenarkan keluar.

Sabtu itu, Nasih, 5 tahun mula batuk teruk. Petangnya suami bawa Nasih ke klinik. Untuk dapatkan nebulizer kerana dia nampak sesak nafas. Saya masih sakit mata, jadi saya elakkan keluar pada waktu siang.


Malam tersebut, hampir jam 12 malam, Nasih masih batuk, muntah dan kelihatan sangat lelah. Suami ambil keputusan ke klinik sekali lagi. Saya mencapai tudung untuk mengikut. Lagipun mata saya masih bengkak dan merah di sebelah kanan.

"Natrah sakit mata."
Nasih melaporkan kepada doktor apabila kami menjengah bilik doktor. Kami sama-sama tergelak. Selepas doktor memeriksa mata saya, memasukkan ubat titis dan senaraikan ubat untuk saya, doktor beralih kepada Nasih.

"Nasih kenapa?" Tanya doktor.

Tapi Nasih sukar menjawab. Hehehe.
"Nasih batuk. Tadi muntah banyak kali." Ulas Nasih.
Doktor memeriksa tekanan darah Nasih dan akhirnya nebulizer treatment dibuat.


Nasih di Klinik Bersatu Sg Petani

Selepas 15 minit lakukan rawatan, sekali lagi pernafasan Nasih dicek. Masih lagi belum berkurang. Doktor minta kami bawa ke hospital berhampiran. Supaya dimasukkan ke wad. Rawatan / sedut gas perlu dilakukan 4 jam sekali. Jadi dia perlu berada di wad untuk mudahkan rawatan. Doktor sediakan surat rujukan dan kami ambil keputusan ke Hospital Pantai Sg Petani.


Jam 1 pagi kami ke bahagian kecemasan Hospital Pantai Sg Petani. Setelah pemeriksaan dan maklumat diambil, kami melangkah masuk wad 3, bilik 220 jam 2 pagi. Nasih perlu sedut gas setiap 3 jam. Bateri telefon saya dan suami sudah hampir tiada. Saya mesej adik ipar yang kebetulan balik ke rumah malam tersebut. Kami maklumkan yang Nasih perlu dimasukkan ke wad.


Nasih sedut gas.

Kami masuk wad yang ada 2 katil. Saya dibekalkan kerusi tidur. Suami mengambil tikar sebagai alas tidur. Jam 3 pagi kami mula lelapkan mata. Namun keadaan terlalu sejuk sebabkan batuk suami kerap menganggu. Badannya juga menunjukkan tanda mula demam. Mungkin juga kerana malam sebelum itu tidur di hospital meneman mak.


Nasih berbahagia di hospital. Mungkin pengalaman baru baginya. Berehat di hospital dan setiap 2,3 jam misi datang memeriksa suhu badan. Nafiz juga terpaksa berada di hospital kerana dia masih menyusu badan. Suami balik ke rumah awal2 pagi ahad. Mengambil keperluan kami. Saya menunggu hingga jam 10 pagi. Kelibat suami belum nampak. Bateri telefon sudah habis. Perut sudah lapar. Akhirnya saya ke kafe membeli makanan. Berbekalkan RM4 yang masih ada dalam poket beg. Rupanya tabiat saya yang tak suka simpan duit dalam beg duit memang payah juga. Biasanya memang tiada duit atau hanya kurang RM10 dalam dompet saya. Hari itu, hanya RM4 saja. Cukup untuk beli bihun goreng dan sesenduk bubur nasi. Kami makan bertiga. Saya, Nasih dan Nafiz. Sebenarnya Nasih sudah dapat menu hospital iaitu roti. Tapi kerana malamnya dia muntah dan tiada selera makan, mungkin masih lapar.


Nafiz yang kebosanan di hospital perlu dilayan juga. Nasib baik ada tempat untuk anak-anak bermain di wad ini.


Malam tersebut saya balik tidur di rumah kerana mata saya masih sakit. Ubat mata yang didapati dari klinik masih belum saya makan dan pakai. Beberapa kelas Shaklee secara online terpaksa ditangguhkan.


Pagi Isnin, saya ke hospital. Ditemani ayah mertua. Alhamdulillah. Nasih sudah dapat teman sebilik di wad tersebut. Anak kecil berusia 6 tahun yang kerap demam. Nasih yang terlebih petah dan peramah mula berkawan mesra dengan Arif. Sukanya ada kawan yang sama-sama berbaring di katil.

Sepanjang hari melayan si Nasih dan Nafiz, saya dan suami sudah mula penat. Suhu di hospital yang terlalu sejuk menyebabkan badan kami makin lemah. Lagipun jadual makan, makan suplemen serta tidur kami sudah huru hara. Hahaha..


Petang tersebut saya diberi taklimat cara guna Aerochamber Flow. Alat untuk membetulkan dan memperbaiki keadaan pernafasan Nasih. Doktor menunjuk ajar cara guna dan membersihkan alat tersebut. Nanti saya akan ceritakan dalam entry lain.

Pagi Selasa, Nasih dibenarkan balik.


Gembira bila balutan di tangan sudah dibuka. Namun hati tidak gembira kerana terpaksa berpisah dengan Arif Iman yang menjadi kawan mewarna, menyanyi dan menonton TV. Moga berjumpa lagi dengan Arif Iman akan datang. InsyaAllah.


Kami kembali ke rumah mertua di Taman Pasir Emas Indah. Berehat semalaman sebelum bertolak balik ke Bangi. Saya dan suami masih demam. Mata saya sudah merah menyala di kedua-dua belah.

Esoknya, rabu 13 Mei, kami kembali ke Bangi.
Suami berkerja seperti biasa. Nasih ke sekolah seperti biasa. Saya meneruskan bisnes Shaklee dan handle empayar saya seperti biasa.

Alhamdulillah. Hari ini, 19 Mei, saya sekeluarga pulih sepenuhnya. Kami baru kembali dari bercuti di Port Dickson. Bertolak ke PD pada petang Ahad, 17 Mei. Mengikut suami yang berprogram di sana sebenarnya.

Begitulah pengalaman 2 minggu yang cukup panjang bagi kami.

Moga ia menjadi pengalaman berharga.

Jumpa dalam entry akan datang.

Maasalamah.
Natrah Mohamed
Bandar Baru Bangi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design