Friday, May 8, 2015

12 Makanan Perlu Dielakkan oleh Pesakit Kanser

Teks: Natrah Mohamed
Apabila beberapa ahli keluarga terdekat disahkan menghidap kanser, maka kalutlah kami sekeluarga mencari info mengenainya. Kami cari info cara rawatan, cara cegah, cara mengurangkan pembiakan sel kanser dan pelbagai lagi. Hanya 1 tujuan. Membantu ahli keluarga yang sakit itu. Siapa dia? InsyaAllah, sampai masanya saya akan kongsikan. Buat masa ini, sungguh berat hati untuk berkongsi dengan orang ramai. 
Antara info yang penting diketahui, jenis makanan yang menjadi pantang larang pesakit kanser. Ada pelbagai versi. Tulisan bergerak pantas. Tanpa ketahui sumber sebenarnya. Dan tanpa dipastikan kesahihannya. Saya masih mengkaji. Jadi ini yang saya jumpa. Diambil dari blog wanista.com. Mungkin ada revisi atau versi lain. Saya akan kongsikan lagi.
Berikut 12 jenis makanan yang patut dielakkan oleh penghidap kanser:
1. Taugeh
Mengandungi zat yang mendorong pertumbuhan kanser.
2. Laici, Nenas, Buah Dalam Tin
Meransang pertumbuhan kanser kerana adanya bahan pengawet.
3. Nangka
Adanya gas dan mengurangkan fungsi ubat.
4. Alkohol
Merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun.
5. Tapai dan minuman ringan
Mengandungi alkohol ( tapai ) dan zat lain yang merangsang pertumbuhan kanser.
6. Perasa makanan ( MSG ) Dan Gula
Karsinogen. Gula merupakan makanan bagi sel kanser dan akan mempercepatkan pembiakan sel kanser. Elakkan pemanis tiruan sebaliknya gunakan pemanis asli seperti pemanis stevia atau madu asli.
7. Ikan yang diawet, belacan, ayam broiller, makanan berlemak dan berminyak
Karsinogen dan mengurangkan kelancaran peredaran darah. Mengandungi kandungan karbon yang tinggi.
8. Kangkung dan sawi putih
Mengurangkan kesan ubat.
9. Ais
Mengurangkan kelancaran peredaran darah dan mengurangkan kesan ubat.
10. Cili
Merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun.
11. Daging Merah
Menyediakan pertumbuhan tidak normal. Orang yang makan banyak daging merah ( daging lembu dan daging kambing), dan daging yang dibakar dan daging diproses seperti sosej, daging dan burger adalah berisiko menghidap kanser usus, menurut laporan dalam Jurnal Perubatan British. 
Penyebabnya adalah  amina heterocyclic yang terbentuk di permukaan daging apabila ia panggang, goreng atau dibakar.  Walaupun kajian haiwan menunjukkan bahawa pengambilan tinggi amina heterocyclic boleh menggalakkan kanser, namun ia tidak ada bukti langsung pada manusia.
Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid seterusnya memberikan ruang untuk sel kanser subur.
12. Soya
Elak makanan berasaskan soya; kerana ianya mengandungi Estrogen yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Larangan makana makanan berasaskan soya hanya untuk pesakit kanser rahim,ovari dan prostat.
Sumber : Buku Pencegahan Penyakit Dengan Terapi Herba
Moga bermanfaat.
 The Award Recipient for the 2013/2014 Shaklee Star Achiever Awards
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design