Tuesday, April 28, 2015

Syarat gantung banner atau banting oleh MPKj

Teks: Natrah Mohamed

Saya mahu gantung bunting yang saya print. Untuk promosi produk Shaklee. Asalnya mahu gantung begitu saja. Tapi sebagai peniaga berhikmah, saya mahu dapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan dulu. Sayang la, dah print mahal-mahal, lepas tu gantung tanpa kebenaran dan kemungkinan besar dicabut pula. Kerana tidak mematuhi peraturan. Hihi..

Saya ambil panduan ini dari website mpkj.gov.my.  Moga bermanfaat.

GARIS PANDUAN PERMIT BANTING/BANNER MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
  1. Pemohon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut;
  2. i. Satu salinan kad pengenalan
    ii. Satu surat kelulusan tuan punya tanah / bangunan
    iii. Satu salinan pelan lokasi tempat pemasangan iklan
    iv. Satu contoh iklan
    v. Satu salinan perakuan pendaftaran syarikat ( Borang M & Borang 49) atau Pendaftaran perniagaan ( Borang A atau B dan D )
    vi. Satu salinan lesen premis perniagaan MPKj. ( Jika berkenaan)
    vii. Bayaran proses RM10.00
  3. Bahasa Kebangsaan adalah wajib digunakan dan hendaklah berukuran tiga puluh peratus lebih besar daripada bahasa lain serta nahu yang betul.
  4. Pemasangan banting dan banner hanya boleh dipamerkan di tempat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melesen.
  5. Pemasangan di Jalan Protokol adalah dilarang kecuali dengan Pihak Berkuasa Melesen
  6. Perlu mendapat sokongan daripada JKR jika pemohon menggunakan jalan dan tiang lampu Jabatan berkenaan.
  7. Pemohon adalah dilarang mempamerkan iklan minuman keras dan barangan asas tembakau pada Banting dan Banner.
  8. Penggunaan halal perlu mendapat pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Selangor atau mana-mana pihak berkuasa berkenaan.
Moga urusan kami dipermudahkan. InsyaAllah. Gambar akan menyusul nanti. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design