expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 28, 2015

7 Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

Malam tadi kami ke Mydin. Untuk membeli keperluan rumah dan dapur. Mydin di Seksyen 7 Bangi memang menjadi pilihan kami sekeluarga kerana ia ditutup lambat. Jam 11malam baru tutup. Jadi, lepas solat Isyak baru kami keluar untuk ke sana. Lagipun ruangnya kecik. Tak perlu tawaf kawasan yang luas untuk dapatkan barang2 keperluan. Kami beli stok seminggu saja. Biasanya hujung minggu saya tak masak. Heheh.. Ini la suri rumah, hujung minggu, gantung kuali.

Oh ya, sempat saya ambil gambar kotak-kotak rokok di belakang kaunter sementara menunggu giliran untuk buat bayaran. Kebetulan 2 orang remaja atau mungkin pelajar universiti di kaunter sebelah saya sedang membuat bayaran. Salah seorang menunjukkan kotak-kotak rokok itu dan menyebut suatu jenama. Dunhill agaknya. Saya pun tidak jelas dengan perkataan disebut. Hahaha..

Sebenarnya hati saya geram. Asalnya, 2 remaja ini hendak membeli 2 box/ container untuk simpanan barang bersaiz besar. Container 1 sudah dibayar oleh remaja pertama. Giliran remaja ke 2 untuk membayar, tapi mereka berbincang dahulu. Nampak gaya macam tak jadi untuk bayar container ke 2. Dalam fikiran saya, mungkin mereka naik motor. Sukar untuk bawa ke 2,2 container besar tersebut. Waktu itu saya juga sedang khusyuk menelek dan memerhati penyakit apa yang tertera di kotak rokok belakang kaunter cashier tersebut.

Inilah penyakit-penyakit yang diletakkan gambarnya di kotak rokok yang dijual.

Tiba-tiba remaja tersebut menunjukkan kotak jenama dunhill kepada cashier bertugas. Hati saya terus menyirap! Geram. Nak beli container tu berkira. Tapi rokok dibeli. Terus saya keluarkan telefon bimbit dan snap gambar rokok-rokok itu.

Pagi ini saya Google gambar berkaitan bahaya merokok. Saya share di sini untuk kesedaran kita bersama. Bukan perokok2 itu tidak tahu. Jelas terpampang segala penyakit dan perkataan: Merokok Membahayakan Kesihatan di kotak itu. Tapi kepuasan sementara lebih mengatasi perasaan takut penyakit berbahaya yang jelas dicetak di kotak.

Badan seorang perokok
7 Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

Fakta ini diambil dari website Info Sihat.

1. 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

2. Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.

3. Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.

4. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.

5. 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.

6. Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.

7. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Dengan Shaklee, ramai yang sudah berhenti merokok. Usaha dengan mengambil suplemen VIVIX. Telah ramai yang dapat mengurangkan tabiat merokok sedikit demi sedikit dan terus berhenti. Malah kesihatan mereka terus bertambah baik tanpa alami kesan pasca berhenti merokok.

Ada yang boleh berhenti dalam masa sehari. Namun ada yang mengambil masa seminggu. Ada juga yang mengambil masa sebulan. Bergantung kepada tubuh badan individu.

Namun, berusaha untuk berhenti merokok adalah pilihan terbaik berbanding tidak berusaha langsung.

Mahu berhenti merokok? Atau mahu insan tersayang berhenti daripada mengambil sesuatu yang memudaratkan badan? Bukan saja kepada perokok itu sendiri, malah kepada rakan dan keluarga yang dianggap perokok pasif.

Cuba VIVIX. Kita buktikan boleh berhenti merokok. Kita buktikan boleh menghadapi masa depan dengan lebih sihat.

Hubungi saya segera: 011-27016822 untuk dapatkan vivix anda.

Assalamualaikum.
Natrah Mohamed.
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi.
Pengeposan ke seluruh Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design