Thursday, April 16, 2015

1 Kaedah MUDAH dan BERJAYA melahirkan anak TAAT.

Teks: Natrah Mohamed


Nasih dan rakan-rakan sebaya sedang berkumpul dengan sopan. hehehe..
Malam tadi bawak anak-anak ke Usrah. Usrah Nisa kawasan Serdang, NGO yang saya sertai sejak graduasi UKM. Dulu-dulu, hanya saya dan beberapa rakan yang bawa anak. Masa tu, saya bawa Nasih saja. Yelah, anak sulung saya. Rakan-rakan sebaya bawa anak sulung masing-masing juga. 3,4 tahun berlalu. Bersiri-siri usrah dilalui, maka malam tadi, apabila melihat anak-anak kecik makin bertambah, Nasih sudah menjadi antara 'otai usrah Nisa', saya mula menyedari, cepatnya masa berlalu. Adik-adik junior sudah kelek anak masing-masing. 

Kawan saya, Halijah Abdan yang dulunya bawa Fatimah Az-Zahra, anak sulungnya, kini datang dengan 4 orang anaknya. 2 perempuan termasuk Fatimah dan 2 lelaki kembar. 
Sungguh meriah siri-siri usrah kami dengan kehadiran anak-anak ini. Erk, menandakan kami makin berumur. Yeahhhaa!


Sebenarnya, setiap kali usrah, saya memang sengaja bawa anak bersama. Asalnya kerana anak payah berenggang dengan saya, ialah, mamanya suri rumah. Hampir 24 jam anak depan mata. Apa-apa keperluan memang cari saya. Tapi lama-lama saya jadikan ia kewajiban untuk bawa anak ke usrah. Kerana saya mahu mereka biasa dengan perkataan USRAH, LIQA', program, ijtimak dan perkataan yang sewaktu dengannya.

Satu lagi, kerana ia majlis ilmu. Sungguh saya berusaha untuk bawa diri ke majlis ilmu sekerap mungkin. Begitu juga anak-anak. Seboleh mungkin mahu anak-anak biasa dengan majlis ilmu. Kerana ia dinaungi MALAIKAT. 


Perkara ini saya baca 2,3 tahun lepas. Sejak itulah saya berusaha untuk kenalkan anak-anak dengan majlis-majlis ilmu. Saya bawakan 1 artikel tentang majlis ilmu dan malaikat yang ditulis oleh sahabat FB saya, Ummu Solihin. Catatan ini saya copy dan letakkan dalam blog lama saya. Tapi hari ini saya tetiba teringat untuk menulis perkara ini. Namun, ilmu tak sedalam mana, maka, saya kongsikan semula ke dalam blog kesayangan ini untuk ambil panduan semula.
Ditulis oleh: Ummu Solihin 

Sewaktu saya mula menulis tentang tajuk post kali ini, telah beberapa kali saya meng-”backspace” kan ia dan mula menaip tajuk yang lain. Ramai orang menggariskan pelbagai formula untuk melahirkan anak-anak yang taat dan mendengar kata, tetapi berani-berani pula Ummu Solihin menyatakan bahawa ada satu teknik MUDAH dan BERJAYA untuk melahirkan anak-anak seperti ini :)


Ya, saya akui. Memang benar, ada pelbagai jenis teknik yang boleh digunakan oleh ibubapa untuk melahirkan anak-anak yang taat dan mendengar kata. Tak salah jika kita mencuba semua teknik yang disarankan. Namun bagi orang macam saya, insan yang lemah dan tidak mampu untuk mengamalkan kesemua petua, maka saya suka mengambil teknik yang MUDAH dan “sure” berjaya (InsyaAllah). Biarlah 2 atau 3 teknik sahaja sekali pun..yang penting, ISTIQAMAH :)

Kebiasaannya, jika kita perhatikan sifat anak-anak banyak dipengaruhi oleh orang yang berada di sekitarnya. (Saya pernah ceritakan dalam post sebelum ini) Sekiranya dia duduk dalam lingkungan manusia, yang suka melawan percakapan dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang sopan, maka sedikit demi sedikit anak itu akan ter-ikut-ikut untuk meggunakan perkataan yang sama dalam perbualan mereka, waima bersama dengan ibubapa atau orang yang lebih tua.

Maka, untuk melahirkan anak-anak yang taat dan mendengar kata, hendaklah kita hadirkan bersama-sama dengan mereka, golongan yang bersifat taat dan mendengar kata juga. Lebih banyak mereka berdamping dengan golongan ini, maka lebih banyak sifat taat akan diambil dan menyerap dalam diri mereka. Persoalannya…Siapakah golongan ini??

Ya. Tidak lain tidak bukan, mereka ialah para malaikat.

Malaikat adalah makhluk Allah swt yang suci daripada segala dosa dan mereka ini bersifat “Samii’naa wa ato’naa” ~ kami dengar dan kami taat. Apabila Allah swt perintahkan segolongan malaikat untuk bersujud, maka mereka akan terus bersujud (tanpa mengangkatkan kepala walau se-milimiter pun) sampailah ke hari kiamat.

Program Nisa Serdang tahun 2011, sewaktu Nasih belum berumur setahun.


Untuk mewujudkan hubungan “persahabatan” di antara anak-anak kita dengan para malaikat, maka hendaklah kita mewujudkan MAJLIS TAKLIM di dalam rumah kita. Majlis Taklim adalah merupakan sebuah majlis ilmu yang dibacakan ayat-ayat Allah swt & hadis-hadis Nabi saw, berkaitan dengan segala perintah dan larangan Allah swt serta sunnah (cara hidup) Rasulullah saw.

Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca kitab-kitab Allah, saling mengajarkan sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka sakinah, diliputi oleh rahmat, dikerumuni oleh para malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah swt dalam majlis para malaikat yang berada di sisiNya.” (H.R Muslim dan Abu Daud)

Apabila di dalam rumah kita, adanya majlis seumpama ini, maka para malaikat akan berbondong-bondong datang ke rumah kita. Mereka akan mengembangkan sayap-sayap mereka, dan duduk bertindan-tindan..sampailah ke arasy Allah swt.

Bayangkan sahabat-sahabat…

Berapa ramai malaikat yang akan datang ke rumah kita. Sehinggakan, kalaulah anak kecil kita yang ” tidak boleh duduk diam” selama berada dalam majlis ini, InsyaAllah, ke mana sahaja pun mereka berlari, pasti ada saat dan ketika, bahu mereka, tangan mereka, atau jari mereka, tersentuh dengan para malaikat. Oleh kerana, terlalu ramai bilangan malaikat yang berada di rumah kita sewaktu majlis taklim diadakan.

Majlis Taklim merupakan satu sunnah Rasulullah saw. Di dalam majlis-majlis seumpama inilah, Rasulullah saw telah mendidik sahabat-sahabat r.ahum, sehingga mereka menjadi golongan masyarakat yang paling berjaya sehingga mendapat gelaran radhiallahu a’nhum (Allah redha ke atas mereka) daripada Allah swt.

Yakinlah, dengan izin Allah swt, sekiranya kita mengamalkan sunnah ini (mengadakan majlis ilmu di rumah kita), maka Allah swt akan mendidik diri kita dan anak-anak kita, sama sebagaimana Allah swt mendidik Rasulullah saw dan para sahabat r.ahum. InsyaAllah, sedikit sebanyak sifat-sifat mereka akan terbentuk dalam diri kita dan juga anak-anak kita, kerana kita bersungguh-sungguh untuk menghidupkan sunnah ini di dalam rumahtangga kita.

Aamin..


~~~~~~

InsyaAllah, moga bermanfaat.

Jika tak mampu jadikan rumah sebagai medan untuk majlis ilmu, bawa anak ke majlis ilmu sekerap yang mungkin. Pelbagai majlis ilmu berlangsung di sana sini. Atau boleh bawakan program-program usrah ke rumah kita. 2,3 tahun dulu usrah Nisa Serdang boleh dibuat di rumah-rumah ahlinya. Tapi sekarang ini, ruang yang besar diperlukan kerana ia bakal padat dengan ahli-ahli yang dahagakan ilmu.

Terima kasih sudi jenguk blog ini.
Jemput singgah lagi yuk.

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi serta seluruh Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design