Monday, March 16, 2015

Balik kampung pasca banjir: Part 2

Saya berkesempatan mengeliling bandar Kuala Krai yang teruk dilanda banjir pada Disember tahun lepas. Menyaksikan sendiri kesan-kesan banjir yang masih belum dibersihkan.

9hb Mac, asalnya saya dan Nafiz mengikut kakak ke bandar Kuala Krai untuk ke klinik. Bagi mendapatkan ubat bagi masalah kulitnya yang gatal-gatal. Anak saudara nak ke bank Islam untuk buka akaun. Jadi saya pun sertai juga. Boleh buat kad Bank Islam saya yang dah lama hilang. Bank Islam Kuala Krai asalnya beroperasi di tingkat bawah, tapi akibat banjir, peralatan semua rosak, jadi mereka berpindah ke tingkat atas, bahagian pentadbiran mereka sebenarnya. Kaunter dan kawasan menunggu dibuat di tingkat atas. Terlalu sempit dan tak cukup kerusi. Petang itu terlalu ramai yang mahu berurusan di kaunter dan buka akaun. Kebanyakan makcik-makcik yang tak tahu menggunakan kad. Namun satu perkara yang saya kagum, kakitangan di bank ini kekal tersenyum dan melayan dengan baik. Walaupun jam sudah 4 petang. Bagus sangat mereka. Buat kerja pun sambil tersenyum.

Oh ya, disebabkan ramai yang menunggu giliran, kami turun dan keluar mencari klinik. Untuk dapatkan ubat bagi masalah Nafiz.


Kedai-kedai masih belum dibuka. Banyak yang berpindah ke lokasi lain. Kesan-kesan banjir masih belum dibersihkan. Hanya 2 klinik saja dibuka di Kuala Krai setakat hari yang saya pergi itu.
Oleh kerana klinik-klinik berhampiran bank Islam masih belum dibuka, kami kembali ke bank dan menunggu untuk urusan buka akaun anak saudara saya serta buat kad baru untuk saya.


Terima kasih sudi baca perkongsian ringkas ini. Tinggalkan komen anda tentang pengalaman banjir 2014. Untuk tatapan semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design