expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 11, 2015

Balik kampung pasca banjir: Part 1.

Setelah 2 bulan lebih dilanda banjir, saya kembali ke Kuala Krai. Tujuan balik kampung untuk urusan pembahagian tanah pusaka. Suami hantar hari sabtu 7 hb Mac. Esoknya, awal-awal pagi lagi suami balik ke Sungai Petani. Membawa hero kecil, Nasih. Suami ada kerja di Pulau Pinang.

Saya dan Nafiz serta keluarga yang lain ke Pejabat Tanah Kuala Krai untuk perbicaraan pembahagian tanah arwah ayah yang sudah lebih 10 tahun meninggal dunia. Alhamdulillah, 8 daripada 10 adik beradik kami dapat berkumpul. 2 lagi tak dapat balik kerana ada urusan masing-masing.


Nafiz dan Mukhlis, sepupu sebayanya. Namun mereka tak boleh bermain bersama. Budak-budak masih belum pandai untuk berkomunikasi.
Nafiz dan Amal, sepupu yang jadi geng sepermainan bila balik kampung.

Perbicaraan dijadualkan jam 11 pagi. Kami sudah menunggu di sana seawal jam 10 pagi. Rupanya jam 1.30 tengahari baru dapat masuk dan berbincang dengan pegawai yang uruskan.


Penungguan jam berjam-jam lamanya, menyebabkan Nafiz dan anak-anak saudara yang lain mula meragam. Asalnya kami berada di luar bilik bicara. Panas dan sempit. Rupanya ada bilik yang tidak digunakan di situ. Mungkin stir pelupusan buku-buku. Jadi, dapatlah kami menumpang penghawa dingin.

Proses perbicaraan kami tak lama. Kerana kami sudah siap kan pembahagian tanah mengikut bilangan semua yang ada. Ada sedikit silap faham no geran saja. Sedangkan beberapa keluarga sebelum kami yang terlibat dengan perbicaraan jugak, masih belum selesai. Kerana mereka belum tetapkan pembahagian harta dan perlu hadir sekali lagi.

Alhamdulillah. Jam 2 lebih, kami selesai urusan tandatangan di hadapan pegawai. Abang kami yang tak dapat hadir hari tersebut saja yang perlu hadir apabila dipanggil sekali lagi.

Ok. Misi selesai. Kami balik beramai-ramai ke rumah di kampung Enggong. Menikmati nasi dan gulai enak air tangan ma. Yawww.

Jumpa lagi dalam sambungan part 2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design