expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 17, 2015

9 Tips Sedekah

Pagi ini saya terpanggil untuk cerita pasal sedekah. Sejak dulu saya dengar dan tahu pasal seribu macam kelebihan sedekah. Cuma agak kurang untuk amalkannya. Sejak berniaga, saya mula fahami dan alami sendiri keajaiban sedekah.

Pernah saya niat nak sedekah awal pagi, tapi tak buat, kerana banyak urusan lain, tapi sedekah terlewat sikit. Namun rezeki masuk juga.
Pernah saya sedekahkan semua duit dalam akaun pada awal pagi, petangnya Allah balas dengan order berganda-ganda dari itu.

Pernah saya bagi kepada jiran sedikit menu yang dimasak, malamnya 2,3 oder shaklee masuk. Alhamdulillah.

Pernah saya sedekahkan masa untuk berbakti kepada sahabat2 seperjuangan, tak sempat untuk buat pemasaran Shaklee, namun Allah balas dengan pelanggan datang jua membeli.

Allah.
Banyak sangat yang nak dicerita. Saya tak mampu cerita dengan lebih mendalam. Mungkin suatu hari lain. Tapi sungguh saya mahu sarankan, jika waktu ini ada masalah, sempit wang, tiada pelanggan, sakit atau apa saja perkara malang yang menimpa, sedekahlah. Bagi apa yang kita ada. Bukan semampunya. Tapi sebanyaknya.
Kerana sedekah itu yang boleh merawat segala masalah. Dengan izin Allah.

Beberapa tips sedekah yang saya amal, mungkin berguna untuk semua.
1. Sedekah awal pagi. Sebolehnya selepas solat subuh. Sediakan 1 tabung untuk masukkan duit.
2. Oleh kerana saya suri rumah, saya jarang ada cash di tangan. Saya biasanya transfer duit dari Maybank ke mana2 tempat yang saya nak sedekah. Jadikan nombor akaun tempat yang sewajarnya di sedekah sebagai 'favorites'.
3. Sebelum keluar bermusafir, sedekah dulu. Transfer duit ke akaun rumah anak yatim atau rumah kebajikan. Minta Allah selamatkan perjalanan.
4. Pejam mata dan bagi saja. Ini biasanya berlaku di hadapan tabung masjid/Surau.
5. Jika terlupa sedekah sebelum keluar musafir, singgah di mana2 masjid atau Surau, sedekahlah.
6. Ajar anak konsep memberi sejak kecil. Kenalkan dengan tabung masjid dan beri galakkan untuk mereka menyimpan duit di tabung masjid.
7. Tunjukkan kita bersedekah atau memberi di hadapan anak-anak. Supaya mereka jadikan ia contoh.
8. Semasa sedekah, niat untuk diberikan pahala juga buat ibu bapa kita. Kita dapat, ibu bapa pun dapat.
9. Usah dikenang apa yang telah diberikan. Lupakan.

Keep calm dan selalu sedekah.

Jumpa lagi.

Natrah,
011-27016822
Leader in Shaklee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design