Thursday, February 5, 2015

Faizworld Training Centre: pilihan untuk seminar dan berdiskusi

Nafiz di hadapan gambar master-master Jutawan

Jumaat 16 Jan saya sempat sertai kelas di Faizworld Training Centre. Kelas tajuk 'product mastery' oleh master-master Shaklee.
Teruja betul. Pertama kali jejak kaki ke FTC ni. Eh, FTC dimiliki oleh upline saya dalam Shaklee. Presidential Master Shareeza. Gelarkan dirinya Cery MamaFaiz saja.

Saya ditemani oleh hero kesayangan. Rujuk gambar. Hihi.
Malam sebelum tu, saya dan suami pergi pusing-pusing kawasan bangunan tersebut. Mencari lokasi yang tepat. Kerana kami belum pernah ke bangunan tersebut. Bagi orang Bangi yang kenal hospital Azzahrah, FTC di bangunan belakang hospital tersebut. Belakang Restoran Ayam Penyet. Perlu masuk melalui depan SRITI dan SMITI. Bangunan sederet dengan SRITI dan SMITI.


Nafiz dalam bilik nursery.

Jengah ke FTC jam 9.45 pagi. Masih belum ada peserta kelas lagi. Yang ada PM Cery, Puan Shareena dan Puan Farhana Chew, staff di FTC.
Nafiz teruja dengan pelbagai mainan dalam nurseri FTC. Sungguh mengujakan bagi budak comel yang selalu berebut mainan dengan abangnya. Hari ni, tiada anak-anak lain yang sampai lagi. Abang pula ke sekolah, jadi semua mainan, Nafiz yang punya. Haha..


Bilik seminar yang selesa

Bilik seminar dengan 42 kerusi ini sangat menariklah. Meja, kerusi, pengudaraan dan pengcahayaan yang baik sangat membantu untuk fokus. Tapi sepanjang kelas, saya agak kurang boleh fokus. Maklumlah Nafiz ni budak yang selalu menempel pada saya. Walaupun ada mainan yang pelbagai dalam bilik nurseri tersebut, tapi saya juga yang dicarinya. Oh, anakku.

Kadang-kadang saya di depan, kadang di belakang. Turutkan si Nafiz yang mengajak saya temankan dia main. Walaupun di belakang, saya masih boleh ikuti kelas tersebut. TV yang dipasang memudahkan melihat gambar2 serta slide yang ditayangkan.


Choose to be awesome. Ya. Kita perlu pilih. Eh, apa yang melalut ni. Ok. Itu saja entry pasal FTC kali ni. Ada lagiiii.
Kali kedua saya ke FTC pada Jumaat lepas. 30 Jan. Jam 3 hingga 5 petang. Kelas Shape Up Set oleh Nutritionist Shaklee iaitu Puan Sarah. Saya bawa 2 hero pula iaitu Nasih dan Nafiz. Kerana Nasih sudah habis sesi sekolah. InsyaAllah, saya share dalam entri akan datang.

Sabtu ini saya akan ke FTC lagi. Bawa 3 hero termasuk suami saya. Hehehe.

Jumpa lagi dalam entri akan datang. Terima kasih sudi baca.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design