Monday, January 19, 2015

Petrosains: Pengalaman pertama kami sekeluarga.

Nasih sebelum masuk ke Petrosains

Hari ni kami ke KLCC, dengan niat mahu membuka akaun bagi syarikat kami, Legasi Nasih Maju. Rupanya, Maybank KLCC tak dapat membuka Akaun Semasa hari ni. Cuma Isnin hingga Jumaat saja. Kami ke kaunter CIMB pula, ada beberapa perkara perlu disediakan sebelum dapat buka akaun CIMB untuk syarikat. Jadi, hasrat membuka akaun tidak berjaya.

Akhirnya, kami ambil keputusan masuk ke Petrosains. Tiada dalam perancangan, tapi apa salahnya pergunakan peluang. He he.. Lagipun kami ni bukan kaki window shopping. Apatah lagi kedai-kedai di Suria KLCC tidak memenuhi selera kampung kami. Hihi.

Hazard in space. Nasih sedang mencuba
Infrared
Nafiz dalam kostum angkasawan
Owh, ini saya
Melangkah masuk ke dunia fosil, batu-batuan, kami disambut dengan suara rock dinasour
Ini hasil monograf yang saya buat

Jom layan sebahagian gambar kami dalam Petrosains. Kualiti gambar agak kurang kerana suasana gelap.

Main lego sambil kami berehat
Nafiz baru jumpa tempat yang sesuai dengan umurnya

Ada tempat untuk berehat bagi melegakan angin anak-anak. Suka juga anak-anak apabila ada ruang yang sesuai untuk mereka bermain. Kids station ni sebelum melangkah ke stesyen seterusnya iaitu menikmati dan pemandangan di pelantar minyak. Boleh pilih untuk menaiki 'pesawat' dengan bayaran RM3 atau berjalan saja. Oleh kerana Nafiz belum cukup ketinggian, kami pilih berjalan sendiri tanpa menaiki 'pesawat' yang disediakan.

Nasih yang sentiasa teruja
Mereka bermain piano
Nafiz yang meragam kerana mahu main kereta ini

Masuk ke dunia suara dan bunyi-bunyi, anak-anak lebih teruja. Banyak yang boleh mereka lakukan.

Pelbagai aktiviti yang membantu perkembangan dunia ilusi, pendengaran anak-anak. Ada aktiviti bergambar, mewarna dengan menembak ala paint ball.

Kami tak buat semua aktiviti. Hanya pilih- pilih yang mengujakan kanak- kanak dan senang untuk kami beri kefahaman kepada Nasih. Nafiz suka aktiviti yang libatkan pergerakan objek dan bunyi-bunyi.


Kami melangkah keluar dari Petrosains jam 1 tengahari dan apa lagi. Cari makan. Haha.. Lapar juga beraktivit dalam tu.

Dengan tiket berharga RM30 bagi 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, ia agak berbaloi. Tapi jika anak lebih besar dan sudah pandai membaca serta memahami dunia sains, ia lebih berbaloi.

Sebenarnya, melangkah ke Petrosains mengimbas kembali kenangan tahun 2007. Saya ke sana dengan kawan-kawan geologi. Kebetulan salah seorang kawan berkerja di situ sebagai volunteer atau pemudahcara. Dia bawa kami melawat Petrosains berserta dengan penerangan yang boleh difahami. Ya, terlalu banyak fakta geologi yang saya pelajari dan imbas kembali. He he. Lawatan dengan anak-anak, ia lebih kepada mengenalkan anak-anak dengan dunia sains dan petroleum.

Keluar daripada Petrosains, Nasih begitu teruja.
"Seronoknya Nasih hari ni."
Ini ayat dia.
Muka penuh kegembiraan.
Saya cuba menerangkan,
"Kita tadi melawat tempat yang terangkan pasal cara hasilkan minyak. Kita naik kereta ni, perlukan minyak untuk bergerak. Kalau tiada minyak, kereta tak boleh jalan."

Oooo...

Jawapan Nasih dengan mata terkebil-kebil. Hehe.

Jumpa lagi. Terima kasih sudi ziarah blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design