expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, January 11, 2015

Daftar perniagaan di SSM UTC Pudu, baca pengalaman saya.

Kaunter SSM di tingkat 2, UTC Pudu

Semalam kami ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di UTC Pudu. SSM di tingkat 2. Buat apa ke SSM? Mahu daftarkan perniagaan kami.
Alhamdulillah sudah setahun lebih bergiat dalam Shaklee secara sepenuh masa. Jadi kami nekad daftarkan perniagaan kami. Awalnya saya usaha untuk daftar secara online di website SSM, tapi sejak November lepas, laman web itu ada masalah, urusan asyik tergendala saja, jadi kami ambil keputusan ke kaunter sendiri.

Borang pendaftaran perniagaan
Borang permohonan nama perniagaan

Apabila sampai ke SSM, ambil 2 borang ini, Borang permohonan nama perniagaan dan borang pendaftaran perniagaan.

Pilih 3 nama untuk cadangan. Kerana kemungkinan nama sudah digunakan, jadi boleh tukar ke nama yang masih belum didaftarkan.

Tips untuk nama bisnes / syarikat:
1. Nama senang disebut.
2. Senang dieja.
3. Yang apabila disebut, mendoakan kita sekaligus.
4. Nama itu tiada maksud dalam Bahasa Melayu seperti Nasihat.

Apabila hantar borang, pegawai di kaunter akan cek samada nama itu sesuai atau tidak. Boleh digunakan atau tidak. Jika tiada masalah, maka nama boleh digunakan.

Jenis Perniagaan:
1. Senaraikan sebanyak mungkin aktiviti perniagaan yang dilakukan.
Contohnya menulis dan menjual eBook, menjual produk kosmetik, baju, makanan, produk kesihatan.

2. Tulis dengan jelas dan senang difahami. Ia akan tertulis di sijil nanti.

3. Contoh ada disediakan di hadapan kaunter borang.


Sediakan juga IC dan salinannya. Jika tak bawa salinan, boleh ke aras G untuk photostat di kedai gambar atau kedai-kedai lain.

Petugas kaunter yang cekap dan mesra

Hantar borang dan buat bayaran RM70 untuk pendaftaran selama setahun. Kemudian tunggu lebih kurang setengah jam. Oleh kerana semalam tak ramai orang, 15 minit saja sudah siap sijil SSM kami. Alhamdulillah.

Slip resit yuran RM70
Sijil SSM Legasi Nasih Maju

Resit diberikan sementara menunggu. Apabila sijil sudah siap, kita akan dipanggil. Mama, dapatlah sijil pendaftaran syarikat. Alhamdulillah lega.

Terima kasih kepada staff SSM yang mesra dan sangat membantu.


Sebelum balik, Nasih bergambar dulu di laluan masuk.

Tahniah Nasih, mama gunakan nama Nasih untuk daftarkan syarikat ini.
Legasi Nasih Maju. InsyaAllah LNM akan terus berkembang maju dan menjadi legasi untuk keluarga kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design