expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, January 25, 2015

Bagaimana saya terlibat dengan 'Misi Sewa Heli'

Private Mesej pertama saya dan Kak Farah Wahida.

Sebulan yang lepas. Ya. Sudah sebulan. Tanggal 25 Disember 2014, jam 2 pagi saya masih belum lena kerana memikirkan mangsa2 banjir di Kelantan. Masa itu, dikhabarkan tiada elektrik, tiada talian telefon dan internet dan tiada bekalan air bersih di Kuala Krai. Fikiran dan hati teringat keluarga di Kuala Krai. Bagaimana keadaan mereka. Pelbagai update tentang banjir di baca di FB mahupun WhatsApp.

Sewaktu skroll FB, saya terjumpa status Puan Farah Wahida. Ayatnya lebih kurang begini: "Jika aku kaya, nak sewa heli untuk bantu mangsa banjir di Kuala Krai."
Banyak komen2 yang menyokong dan bantu bagi cadangan-cadangan. Maklumlah, semua sedang cemas tentang banjir. Mahu membantu apa saja agar mangsa2 dapat diselamatkan.

Saya baca di wall Puan Farah lagi, dia buat status, mahu dapatkan no telefon atau pihak yang sewakan helikopter. Saya fikir, ' kak Farah ni begitu serius. Aku pun nak bantu la.'

Maka, saya pun PM ke inbox dia. Waktu itu, hanya bertanya saja. Tak berani tawarkan diri untuk bantu. Jam 7 pagi esok baru k Farah reply. K Farah mahu membantu sesiapa saja mangsa banjir di Kuala Krai yang paling kritikal ketika itu. No telefon pemilik helikopter sudah ada katanya. Cuma dia tiada perancangan khusus.

Tapi berdasarkan komen-komen di statusnya, banyak permintaan untuk membantu pesakit di Hospital K Krai berikutan bekalan elektrik terputus dan mereka hanya bergantung kepada generator.

Jadi, k Farah ambil keputusan, mahu sewa heli, dan pindahkan pesakit ke hospital berdekatan.
Hospital mana?
Bagaimana?
Siapa yang akan uruskan di Kuala Krai dan Kelantan.

Saya tawarkan diri untuk tanyakan kawan-kawan saya. Kemungkinan ada yang tahu.

Saya pun bertanya dalam group WhatsApp yang disertai. 'Jika nak bertanya tentang hospital, siapa yang perlu dihubungi? Adakah mustahil pindahkan pesakit daripada hospital Kuala Krai ke hospital lain? Sedangkan hospital Kuala Krai tak dapat dihubungi.'

Kawan saya, yang berada di Kelantan, terlibat secara langsung sebagai petugas banjir menyarankan bertanya PAPISMA, sebuah persatuan doktor perubatan.

Jadi, saya bertanya dalam group lain pula. Jika ada yang mengenali ahli PAPISMA. Kawan saya berikan nombor Doktor Suhaini. Saya telefon Dr Suhaini, kenalkan diri dan ceritakan apa perancangan kami. Bagaimana doktor Suhaini dan Papisma boleh bantu? Dr Suhaini jelaskan cara-cara dan ciri-ciri helikopter yang diperlukan untuk pindahkan pesakit. Dia sedia bantu berhubung dengan HUSM, hospital terdekat yang masih selamat dan berhubung juga dengan Tentera Udara di Kota Bharu bagi mendapatkan kebenaran menggunakan ruang udara.

Saya kembali berbincang dengan Kak Farah Wahida. Bagaimana seterusnya? K Farah setuju membuka akaunnya untuk mengumpul sumbangan dan berhubung dengan pemilik helikopter.
Dia bertanya ciri-ciri helikopter swasta yang bakal disewa tersebut serta hal-hal berkaitan harga sewa.
Saya juga berikan no telefon Dr Suhaini untuk Kak Farah berhubung terus.

Rasanya jam 12 tengahari, kak Farah berikan no akaun banknya iaitu FaWa Enterprise dan minta saya karang ayat untuk memohon sumbangan orang ramai.

Maka saya buat ayat dan berikan kepada kak Farah. Kak Farah baca dan terus setuju. Dalam ayat tersebut, dinyatakan no telefon dan nama saya. Sebarang pertanyaan, hubungi saya.
Kak Farah mula sebarkan ke group-group Shaklee yang disertai. Saya juga sebarkan kepada beberapa group. Terutama ahli keluarga saya. Saya tak update di status FB saya ayat tersebut, tetapi kawan-kawan yang mengenali mula tag saya dalam status mereka.

Maka bermulalah episod sibuk menerima panggilan, SMS dan WhatsApp dari seluruh negara. Kejung tangan. Haha..

Nantikan sambungannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design