Thursday, December 4, 2014

Postur duduk, berdiri dan berjalan yang betul.

Teks: Natrah Mohamed.
Sumber: Blog ikonmetro dan angelfire.com

Postur ialah cara bagaimana kita membawa diri ketika sedang duduk, berdiri, berjalan atau sebagainya. Ia amat berkait rapat dengan struktur tulang, otot-otot dan juga peredaran darah. 

Postur yang elok boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:-
  1. Makanan yang seimbang
  2. Tidur yang cukup
  3. Bijak mengangani stres
  4. Mengambil langkah menjauhi penyakit
Mari kita kaji bagaimana postur badan kita yang betul. Perhati gambar betul-betul dan perhatikan cara kita duduk, berjalan dan berdiri. Kalau salah,ubah cepat-cepat. Bahaya tu, boleh sebabkan risiko masa depan.

1. Postur ketika duduk

Gambarajah di bawah menunjukkan kesejajaran yang betul bagi bahagian - bahagian badan ketika duduk. Kepala dan punggung berada pada garisan lurus. Ini menunjukkan postur duduk yang betul. Manakala gambarajah kanan menunjukkan postur duduk yang tidak betul. Kepala dan punggung tidak berada pada garisan yang lurus. Apabila ini berlaku badan akan melengkok ke depan. Berat badan juga tidak disokong sepenuhnya oleh punggung.

Postur duduk yang betul dan salah

2. Postur ketika berdiri

Gambarajah kiri di bawah menunjukkan postur yang betul bagi bahagian - bahagian badan. Kepala dan kaki berada di dalam garisan yang lurus. Seseorang yang mempunyai bahagian - bahagian badannya yang disejajarkan dengan sempurna dikatakan mempunyai postur berdiri yang terbaik. Manakala gambarajah kanan menunjukkan postur yang tidak betul. Ini menandakan bahawa postur tegak badan itu adalah buruk. Semua lengkok tulang belakang adalah berlebihan. Apabila lengkok ke hadapan seperti lengkok leher bertambah, lengkok ke belakang yang berikutnya, iaitu lengkok belakang akan semakin bertambah ke hala yang bertentangan untuk mengimbangkannya.

Postur berdiri yang betul dan salah

 3. Postur ketika berjalan

Ketika berjalan postur badan adalah sama semasa kita berdiri. Bezanya cuma kita bergerak. Ketika berjalan, kaki kita mestilah menghala ke depan. Kaki yang diletakkan mesti didahului dengan tumit. Berat badan ditumpukan di bahagaian tengah kaki supaya badan di hadapan. Jangan berjalan dengan memberatkan badan ke tumit.

Imbangan badan yang betul ketika berjalan ialah dengan melangkah betul - betul di tengah graviti setiap langkah. Ini boleh dilakukan dengan berjalan di atas garisan yang lurus (Rajah 1). Walaupun begitu keadaan berjalan seperti ini mengurangkan sokongan kaki dan kekukuhan badan ketika berjalan. Di samping itu, tenaga yang lebih banyak diperlukan untuk mengorak langkah ke depan. Kita boleh juga berjalan seperti Rajah 2 tetapi postur berjalan yang paling baik ialah seperti Rajah 3. Badan akan menjadi lebih kukuh dan langkah boleh diorak dengan lebih mudah. Manakala Rajah 4 menunjukkan postur berjalan yang tidak betul.


Postur berjalan yang betul dan salah.

Ok. Harap bermanfaat untuk semua.
Ada rasa lenguh-lenguh badan? Boleh dapatkan kalsium dari saya. 


Saya jual kalsium tau :)

Natrah,
Bandar Baru Bangi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design