Teks: Natrah Mohamed.
Nasih menyangkut dan gantung barang-barangnya di grill tingkap rumah. Semakin hari semakin bertambah. Ini barang yang dia jual katanya. Ohh.
Ada lego dalam plastik, ada kereta mainan, ada botol mineral, ada tasbih, ada beg hitam bulat yang berisi duit syiling dengan berat lebih sekilogram.
Malam tadi dia sangkutkan bekas mengandungi playdoh nya. Gunakan earphone untuk gantung. Pagi ini dia minta saya tolong bukakan ikatan wayar earphone itu yang terlalu kompleks.
Setelah saya dapat buka ikatan, selepas usaha gigih, saya bagitahu dia,
"Nasih, lain kali jangan gantung lagi. Susah nak buka. Mama pun tak boleh tolong."
Nasih menjawab,
"Mama, Nasih minta maaf. Nasih tak sengaja."
Oh, tak sengaja macamana ni anakku. Hahaha..
Ok, terima kasih datang jenguk blog ini. Jumpa lagi.
Mama Nasih & Nafiz
No comments:
Post a Comment