Teks: Natrah Mohamed
Selasa lepas, kakak ipar saya terbang dari Perlis untuk ke Big Bad Wolf di MIECC Seri Kembangan. Penerbangan kak ipar sampai jam 11 malam. Kami sekeluarga jemput di KLIA dan kami terus ke MIECC. Jam 12 malam baru melangkah masuk ke dewan pameran. Orang ramai masih berpusu-pusu masuk dan keluar. Maklumlah 24 jam tanpa henti. Orang ambil kesempatan pergi waktu lewat malam. Suasana sangat tenang dan tak ramai orang.
![]() |
278 jam tanpa henti. 5 hingga 16 Disember 2014. |
Jom layan gambar..
![]() |
Nasih di pintu masuk. Yang berbeg pink itu kakak ipar saya. |
![]() |
Nasih ambilkan gambar. Sesi bergambar selepas Nasih mula meragam mahu balik tidur. |
![]() |
Nasih menyelit celah-celah buku sambil mengajak balik. |
![]() |
1 bakul yang kami rembat tanpa toleh kiri kanan. |
![]() |
Suasana jam 1 pagi |
![]() |
Ini bagasi yang Kakak bawa untuk angkut bukunya. Penuh 1 bagasi ini tau. |
![]() |
Sebahagian buku yang kakak tinggalkan di rumah kami. Kerana had muatan kargo kapal terbang hanya 25kg saja. Jadi kami akan poskan ke rumahnya nanti.
Ok,mungkin saya akan kongsikan lagi cerita dan gambar buku-buku yang kami beli. Nantikan. Terima kasih sudi jenguk blog ini.
Jom tinggalkan komen jika ada apa-apa pertanyaan.
|
No comments:
Post a Comment