Sunday, December 7, 2014

7 Sebab kita perlukan suplemen

Teks: Natrah Mohamed.

Seringkali saya ditanya, perlukah makan suplemen? Tak cukupkah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, dan makan diet seimbang setiap hari? Jawapannya, memang TAK CUKUP!


Kenapa?

Ha,kita baca 7 sebab ini,


1. Keperluan tubuh terhadap vitamin adalah lebih tinggi daripada dos yang dibekalkan dalam makanan seharian kita.

Contohnya, vitamin C dan E yang kita perolehi daripada makanan sahaja, tidak cukup untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. Dalam erti kata lain, kita supply dos vitamin yang rendah sedangkan demand yang tinggi datang dari tubuh kita.

2. Nutrien dan vitamin dalam buah dan sayuran tidak lengkap.


Ditambah pula kita kini hidup dalam zaman yang penuh dengan pencemaran, maka buah-buahan dan sayuran yang ditanam juga menjadi mangsa keadaan. Ketidaksuburan tanah mengakibatkan buah dan sayuran mengandungi bahan dan galian yang kurang, berbanding yang ditanam di tanah yang subur. Lagi teruk, ada yang tak ambil langsung sayur dan buah dalam menu harian mereka.

3. Kehilangan zat makanan dalam proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan makanan. Vitamin C dan enzim mudah termusnah akibat oleh haba yang tinggi. Cara menyediakan makanan (masak terlalu lama, suhu terlalu panas, potong terlalu kecil, basuh atau rendam lama) boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti zat makanan tersebut.

4. Pengambilan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam juga mengurangkan penyerapan dan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5.Mengabaikan konsep diet seimbang. Ini kerana kita terlalu sibuk mengejar arus kehidupan yang sibuk dan lebih gemar makan makanan segera atau yang dimasak di luar, yang penuh dengan MSG. Jadi, tanpa diet yang seimbang, sememangnya zat makanan yang perlu diambil, seringkali diabaikan dan tubuh kita akan terus menderita kerana kekurangan zat.


Katakan tidak kepada MSG



6. Dalam kehidupan serba moden ni, kita selalu terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.


7. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok. Yang paling biasa, rakyat Malaysia sangat kurang bersenam. Maka, makanan yang telah diambil tidak digunakan sepenuhnya. Kebanyakkan kalori yang diambil tidak digunakan, ia akan bertukar menjadi lemak.


Ok, itu sahaja 7 sebab kita perlu makan suplemen. Saya mula menginsafi dan menyedari keperluan makanan tambahan bila badan saya selalu lemah dan saya lebih suka tidur. Waktu itu berat badan saya naik sedikit demi sedikit dan mula ke tahap melebihi tahap normal.

Akhirnya saya jumpa Shaklee yang telah merubah tahap kesihatan saya ke arah yang bukan saja lebih baik, malah, SUPER baik rasanya. Saya boleh berjaga sehingga jam 2 pagi dan esoknya bangun seperti biasa dan meneruskan rutin harian tanpa tidur siang. Dulu-dulu, sebelum makan set Shaklee, saya akan tidur selepas suami keluar pergi kerja, sehingga jam 10 pagi baru bangun dan mula cari makanan. Tak sihat kan cara hidup saya masa itu?

Alhamdulillah, zaman itu telah berlalu. Saya lebih cergas dan cerdas untuk kehidupan saya serta membantu ramai lagi hidup sihat di masa depan. Biiznillah.

Assalamualaikum.

Natrah Mohamed

Shaklee Lover.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design