expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 23, 2014

Upin Ipin tiada, kita main taman saja.

Teks: Natrah Mohamed.
Pagi semalam, kami bertolak ke Putrajaya jam 11 lebih. Dalam perancangan, mahu keluar jam 10 pagi, tapi pelbagai benda perlu diurus. Maklumlah anak-anak saya jarang keluar awal-awal pagi. Bangun pun lambat la kan.

Apa mahu buat di Putrajaya?

Sudah berminggu-minggu Nasih beria-ria mahu ke Karnival Upin Ipin, seperti dicanang dalam TV dan laman YouTube yang selalu ditengoknya. Saya dan suami hanya mengangguk saja. Kami pun besar harapan nak bawa Nasih ke sana. Tarikh 21-23 November di PICC. Kami sudah book tarikh.

Jadi pagi semalam, kami keluar untuk ke PICC. Harapnya dapat lah tengok maskot watak kegemaran Nasih itu. Jam 12 tengahari kami masih tersekat di simpang-simpang ke bangunan itu. Jalan sangat sesak. Sudah banyak kereta diparkir tepi jalan. Ibu bapa menarik tangan anak-anak memanjat bukit ke bangunan PICC. Setelah berpusing- pusing mencari tapak parkir, tiada yang berdekatan. Kalau ada pun, perlu berjalan sejauh 1km dan panjat bukit untuk sampai. Kami ambil keputusan untuk balik. Jam 12.40 kami bertolak ke Bangi. Sampai di Masjid Hasanah tepat dengan azan Zohor.

Saya letakkan status di FB. Rupanya ramai kawan-kawan tidak berpuas hati. Tak berpeluang mendekati maskot, orang terlalu ramai sedang kan dewan yang digunakan bersaiz kecil.

Ada kawan saya yang berpeluang masuk ke dewan, setelah mengharungi pelbagai kepayahan. Heheh.

Kami ambil keputusan tidak ke sana.

Hari ini bawa anak-anak ke Taman Tasik Cempaka. Biarkan mereka bermain sepuasnya.
Tutup cerita pasal Upin Ipin. Lagipun lepas ini pasti sudah tiada iklan di TV mahupun di YouTube. Sudah selamat dari ajakan Nasih.

Ok, nikmati gambar anak-anak kami di taman. Hahaha.


Nasih berlari ulang alik, Nafiz perhati saja.
Nasih yang kepenatan setelah berlari ke situ sini.
Nasih sedang mengira huruf A


Natrah Mohamed
Ibu Berkerja dari Rumah dengan 2 anak.
Pengedar Shaklee di Bangi dan seluruh Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design