expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 19, 2014

Sabun basuh yang super jimat

Teks: Natrah Mohamed

Jangan ingat Shaklee hanya keluarkan produk-produk makanan sahaja. Set kebersihan rumah juga ada.

Sabun basuh baju jimat

Ini sabun basuh baju Shaklee, atau nama glamernya: Fresh Laundry Concentrate.
Saya mula menggunakannya pada Julai tahun lalu. Saya telah jatuh cinta dan sangat suka dengan ini sabun. ;)
Sebabnya?
Bulan Julai lalu saya bersalin, saya membasuh baju 2 sesi. 1 sesi untuk basuhan baju baby. Baju, sarung tangan, stoking, barut, lampin, dan semua yang berkaitan baby dibasuh berasingan. Baju-baju saya, suami dan Ahmad Nasih dibasuh dalam sesi ke 2. Pakaian baby Nafiz dibasuh hampir setiap hari. Ini menjadikan jumlah basuhan kami banyak. Namun, sehingga bulan November, masih ada lagi baki sabun ini yang boleh digunakan. Jimatkan?
Satu lagi sebab saya jatuh cinta dengan ini sabun adalah: Pakaian-pakaian Nasih yang sudah lama digunakan, disimpan dan kembali dipakai oleh Nafiz menjadi lebih CERIA, kelihatan semakin BARU dan BERSIH. Setiap kali basuhan, saya dapati baju-baju Nasih yang sudah luntur dan nampak lusuh kembali BERSERI. Ia mungkin mengambil masa  beberapa basuhan. Tetapi ia BERBALOI. JIMAT!
Ok, alasan terakhir kenapa saya sangat suka ini sabun. Ada beberapa kesan kotoran 'kekal' pada baju suami, semakin pudar dan sudah hilang. Ia mengambil masa beberapa kali cucian juga untuk hilang. Namun, ia BERKESAN. Tidak perlukan peluntur. Suka kan?
Ok, ayuh berkenalan dengan sabun ini :)

Antara faedah menggunakan Fresh Laundry ini:

* Pekat -5.5lb (Sekotak membasuh 88 basuhan)
* Prestasi tinggi - pembersih enzim diaktifkan mengekalkan basuhan yang putih dan berwarna cerah.
* Selamat pada semua jenis kain - berkesan dalam air keras/lembut.
 * Dirumus untuk membantu mencegah warna pada pakaian berwarna luntur dan berpindah dari satu pakaian kepada lain.

TAHUKAH ANDA?

Banyak serbuk dobi mungkin mengandungi perengsa yang boleh diserap melalui kulit atau sedutan iaitu penyebab biasa alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate adalah seperti merengsa dan senaraikan bahan berbahaya oleh EPA dan DOT. Sentuhan boleh merengsa dan membakar kulit dan mata, bauan boleh merengsa hidung, tekak dan paru-paru yang boleh menyebabkan batuk. lelah dan/ atau sesak nafas. Kerengsaan pada kulit berulang kali boleh menyebabkan kekeringan, kegatalan, kerengsaan kronik dan ruam.

Get Clean adalah SELAMAT untuk anda, rumah anda dan planet anda. BERKUASA, HIJAU dan BIJAK

p/s: Ia sangat jimat. Tidak percaya? Hanya 1 sudu boleh mencuci bersih 1 basuhan dengan berat 13kg. Boleh digunakan sehingga 4 bulan.

 Get Clean juga terdapat Dish Wash Concentrate, Soft Fabric Concentrate, Basic-H Organic Super Cleaning Concentrate dan juga Get Clean Water Pitcher.- Sumber Buku Panduan Nutrisi Shaklee.

Hubungi saya untuk dapatkan sabun ini. 

Natrah Mohamed,
011-27016822

Jumpa lagi dalam entry akan datang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design