Sunday, November 23, 2014

Puding Raja

Teks: Natrah Mohamed.

Puding ini kawan suami di pejabat sekaligus downline Shaklee kami yang jual. Katanya ambil dari Pahang.

Apa yang bezanya dengan puding lain?

Yang pertama kenapa letak nama raja? Kerana ada lapisan atas yang berwarna kuning. Ala-ala roti jala gitew. Tapi warna nya lebih kuning daripada warna kuning roti jala ni. Eh, paham ke?
Itu la kot yang sebabkan ia dipanggil puding roti. Saya masih belum habis siasat, walau puding nya sudah habis. Hehehe.

Ok, lapisan paling bawah, diletakkan pisang. Saya pun tak pasti pisang jenis apa. Sedap. Pisang yang sudah dimasak.

Oh ya, saya tak tahu cara buat puding raja ini. Sebab saya beli. Heheh.. Mungkin saya dah dapat resepinya, saya akan kongsikan di sini.

Lapisan atas sekali ada diletakkan buah plum, buah ceri hijau dan merah, kismis serta badam. Sedap dan menarik.

Ok, cara makan?

Kita potong sikit, tuangkan kuah kastard yang disediakan ke atasnya. Dan makan. Enak sangat dimakan sejuk.

Nasih dan Nafiz, tak mahu makan. Jadi peluang untuk saya makan seorang diri. Alhamdulillah.

Ok. Itu saja entry review tentang puding raja. Jumpa lagi.

Natrah Mohamed.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design