Wednesday, November 19, 2014

Nafiz di'Naruto'kan oleh Nasih

Teks: Natrah Mohamed

Alkisahnya, semalam, lepas bagi salam solat sunat lepas maghrib, Nasih sengih-sengih panggil "Mama, tengok adik tu."

Sambil dia angkat dan tayang-tayang permanent marker di tangan. Nafiz pula datang mahu rebut marker tu. Terkejut tengok muka Nafiz, saya terus rampas marker dari tangan Nasih. Nafiz merengek-rengek mahukan marker itu. Saya tak tahu kisah mereka berdua waktu saya solat tersebut. Mungkin berebut marker agak nya.

Saya bawa Nafiz ke bilik air. Sempat snap gambar untuk tunjuk pada papanya. Kena basuh cepat sebelum papanya balik dari surau. Biasanya, papa nya akan 'membebel' pada saya kerana biarkan anak-anak main marker. Marker itu ada di atas meja kerja saya. Nasih memang dah cukup tinggi untuk ambil sendiri.

Saya letak basic H setitik pada pipi Nafiz. Dan tarrra, kesan marker dah hilang selepas gosok-gosok manja saja. Muka Nafiz kembali seperti sediakala.

Alhamdulillah. Senang dengan adanya basic H, cecair pencuci serba guna yang selamat dari bahan kimia.

Selepas proses cuci muka Nafiz yang sekejap itu, saya kembali soal siasat Nasih. Apa yang dia cuba buat pada adiknya?

Nasih hanya gelak-gelak saja. Sambil jawab,
"Nasih yang buat kat muka Nafiz."

Adoiii, anak-anakku.

Apabila saya upload gambar di FB, kawan-kawan komen, katanya macam Naruto. Hehehe. Tak terfikir pulak saya. Sebab saya pun tak tahu watak Naruto yang mana satu.

Mungkin Nasih biasa tengok watak Naruto atau bayangkan kucing.

Apa-apa sajalah anakku.

Sekian cerita kami.

Jumpa lagi dalam entry akan datang. InsyaAllah.

Natrah Mohamed,
Suri rumah, 2 anak lelaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design