Teks: Natrah Mohamed
Alhamdulillah, syukur.
Khamis lepas, kunci pagar rumah kami hilang. Asalnya ada tergantung sekali dengan kunci-kunci lain. Agaknya tercabut, dan jatuh. Dua anak ahli syurga terjumpa. Maka mereka 'tolong simpan'.
Saya tak tahu anak yang mana yang tolong tu.
Tapi pokoknya ia telah dijumpai. Pagi ini.
Hari itu, pencarian dan proses buka pagar bermula jam 8 malam (suami balik kerja lepas maghrib) hingga jam 1 pagi.
Jam 2 pagi kami baru lena. Selepas proses menggergaji, memplayar, memskru driver, pergi cari alat di uptown berdekatan dan pelbagai usaha lagi.
2,3 kali suami ulang alik panjat pagar untuk masuk dan keluar. Yang diusahakan bersungguh untuk buka pagar kerana mahu bawa masuk motor kesayangannya.
Ok, nak teka tak kat mana kunci tu dijumpai?
Saya sedia bagi sedikit hadiah untuk yang teka dengan betul. Hehehe. Tinggalkan komen ye.
Natrah Mohamed
Roti Puri : Baru nak cuba buat sendiri
9 months ago
No comments:
Post a Comment