Monday, November 10, 2014

Kenapa Saya Pilih Shaklee?

Teks: Natrah Mohamed

Minggu lepas, saya dan team Nasihat berbincang dalam group WhatsApp kesayangan kami. Tajuknya Kenapa Shaklee?

Ada 3 sebab utama. Ia adalah tagline Shaklee. Always Safe, Always Work, Always Green. 
Ha, dalam bahasa ibunda kita pula, Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan,Sentiasa Mesra Alam (Hijau).

1. SENTIASA SELAMAT

- lebih 83,000 ujian QC dijalankan setiap tahun
- menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan-bahan botani terbaru utk mengesan logam berat, racun perosak atau mana-mana bahan cemar yang berbahaya.

- 100% kepuasan dijamin
- dijamin selamat dan tulen, tidak mempunya paraben, triclosan, phthalates, SLS, SLES dan sebagainya
- shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan
Photo: KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE?

1. SENTIASA SELAMAT

  - lebih 83,000 ujian QC dijalankan setiap tahun
  - menjalankan lebih 350 ujian ke atas setaip bahan-bahan botani terbaru utk mengesan logam berat, racun perosak atau mana-mana bahan cemar yg berbahaya.

  - 100% kepuasan dijamin
  - dijamin selamat dan tulen, tidak mempunya paraben, triclosan, phthalates, SLS, SLES dan sebagainya
  - shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan

2. SENTIASA BERKESAN

  • 300 JUTA USD telah dilaburkan dalam research & development. Sedangkan syarikat lain melaburkan lebih banyak kepada pengiklanan demi melariskan produk.
  • menerbitkan lebih 100 kajian klinikal
  • mempunyai 55 paten
  • 54 pingat emas telah dimenangi oleh atlet olimpik yang menggunakan Shaklee

 


3. SHAKLEE diakui halal


Keyakinan terhadap produk amat penting sebelum kita memilih untuk menggunakan dan seterusnya menjadi pengguna setia. Mari ikuti kupasan isu Bovine Gelatine Shaklee yang dikupas oleh Hanis Amin
________________________________________________________________

Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya :



Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. 

Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canada sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza. Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya.Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd. 

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan. Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.



Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL
Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.*


Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.




Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu. Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status halal produk Shaklee.

Artikel ini sebahagiannya dikutip dari blog: 
surijunior.com/

Ok,Berminat menjadi sebahagian keluarga besar kami? Dalam Shaklee opkos:)

Hubungi saya segera. 

Natrah Mohamed
011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design