Teks: Natrah Mohamed
Donut bukan kuih kegemaran saya sebenarnya. Tapi disebabkan anak lelaki soleh bernama Nasih suka sangat dengan kuih donut, saya mula belajar buat donut. Banyak kali buat. Tak gebu macam dalam resepi. Hehe..
Kali ini saya ambil resepi dari dapur-mamasya.
Resepi Donut Mudah
Sumber : iezamel78 Donut @ MYR
Oleh; Mamasya
Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur
2 sudu besar Meal Shakes
Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi. Kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu.
Masukkan juga Meal Shakes Shaklee ke dalam adunan.
![]() |
Meal Shakes untuk menambah selera anak. |
Biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut)
![]() |
Saya guna tangan untuk bentuk ring. |
Sedang saya sibuk membuat doh bulat sebelum dibentuk ring, Nasih turut membantu, Nasih hasilkan snowman. Kreatif sungguh Nasih ni. Hehehe
![]() |
Snowman yang dibuat oleh Nasih |
![]() |
Ini snowman yang telah digoreng.Hihi |
Sediakan minyak untuk menggoreng.
Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan boleh diangkat dan ditoskan.
Tunggu sejuk sebelum ditaburkan dengan gula halus. Saya blender sendiri gula tersebut. Tabur sikit saja. Kurangkan gula dalam makanan.
![]() |
Donut yang telah digoreng. |
Jumpa lagi dalam entry akan datang.
Salam bahagia.
Natrah Mohamed
Bangi.
No comments:
Post a Comment