Saturday, November 15, 2014

Cerita di HO Shaklee

Teks: Natrah Mohamed.
Ini post yang tertangguh. Saya peram saja gambar dalam telefon, dengan harapan telefon itu akan update sendiri di blog. Haha.. Mungkin nak tunjukkan betapa sibuknya saya. Boleh juga.

18 Oktober lepas, kami sekeluarga ke ibu pejabat atau selalu disebut sebagai Home Office Shaklee. Di Bandar Sunway. Pertama kali ke sana. Agak jakun di situ. Hihi..

Ini alamat ibu pejabat Shaklee:

47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
No Fax: 603-5622 3099.
Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
Boleh juga hubungi no hotline ni: 603-5622 3188.
Ok, jelas?
Rupanya kena masuk ke area Hotel Sunway tu. Best tempat tu.
Kami ke sana atas jemputan Shaklee. Ewahh. Shaklee buat majlis perasmian HQ yang baru. Kami pun ke sana. Peluang makan free. Rugi kalau diabaikan.
Meh,kita jenguk sikit apa berlaku di sana.
Nasih sedang ambil sticker. Teruja betul dia.

Nasih pilih sticker yang besar. Oh anakku!

Mr Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia sedang perkenalkan barisan pengurus Shaklee Malaysia.
Kami sampai sudah agak lambat. Majlis sudah bermula. Kerusi semua sudah penuh. Hanya saya yang menjengah ke dalam dewan perasmian. Suami yang baik hati budi tolong jaga anak di tempat yang di sediakan. ~Lalalala~

Nasih terpegun tengok apa tu?

Ini play area anak-anak. Shaklee Kids Club namanya. Mak ayah sertai program atau sibuk bershopping Shaklee, anak-anak main sini.

Nasih dapat belon. Main tak hingat donia la..

Nasih dan Nafiz dalam kawasan kanak-kanak bermain.

Kupon untuk bergambar dan tiket cabutan bertuah.

Hari kejadian, 18 Oktober, Shaklee tawarkan promosi Beli 6 PERCUMA 1 Vitamin C. Berebut pakat nak beli.

Itu saja gambar yang ada. Kerana jam-jam seterusnya, telefon kami sudah habis bateri. Aduhai.
Kami sempat memborong 3 set sahaja Vitamin C dengan harga promosi. Dan juga beli vitamin lain yang dipesan pelanggan. Lebih daripada 6 plastik yang terpaksa suami angkut turun hantar ke kereta dulu.

Ok, kita jumpa dalam entry akan datang ye. Saya nak cerita pasal konsultasi kesihatan yang kami buat di situ. 

Terima kasih sudi baca entry ini.

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee seluruh Malaysia
COD Bangi dan sekitarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design