Monday, November 17, 2014

Apa Preeclampsia dan kaitan dengan ibu hamil

Teks: Natrah Mohamed.
Sumber: Website femina.co. dan blog umielman
Artikel ditulis oleh Dr. Nadia Shafira, BMedSe – RSIA Tambak, Jakarta.

Preeklampsia adalah tekanan darah tinggi pada ibu hamil dan kelebihan kandungan protein dalam urine (proteinuria). Namun, tekanan darah tinggi(biasanya di atas 130/90, normalnya 120/80) baru disebut preeklamsia bila usia kehamilan sudah menginjak 20 minggu ke atas. 

Siapakah yang berisiko untuk preeclampsia?

Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko preeclamsia :-


  1. Ibu hamil kali pertama.
  2. Ibu hamil yang mempunyai pengalaman preeclampsia
  3. Ibu hamil yang mempunyai ibu atau saudara perempuan yang pernah mengalami preeclampsia semasa kehamilan
  4. Ibu hamil yang terlalu muda (remaja) dan lewat usia lebih daripada 40 umur
  5. Ibu hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang sebelum mengandung
  6. Ibu hamil yang terlalu gemuk atau mempunyai BMI 30 atau lebih


Apakah gejala Preeclampsia

Preeclampsia yang ringan

  • Tekanan darah tinggi.
  • Retensi air dalam badan.
  • Kehadiran protein dalam air kencing

Preeclamsia yang teruk
  • Sakit kepala
  • Penglihatan kabur atau ketidakupayaan untuk bertoleransi dengan cahaya terang
  • Cepat keletihan 
  • Loya/muntah
  • Buang air kencing kadar sedikit
  • Sakit abdomen bahagian kanan atas 
  • Sesak nafas 
  • Kecenderungan untuk mudah lebam

Bagaimana untuk ketahui mempunyai preeclampsia?




Setiap kali pranatal check up, ujian tekanan darah, tahap air kencing dan ujian darah dilakukan.  Ujian yang dilakukan ini yang boleh mengesan preeclampsia.

Doktor juga boleh melakukan ujian lain yang termasuk pemeriksaan buah pinggang dan fungsi-fungsi pembekuan darah melalui ultrsound untuk memeriksa perkembangan bayi dan ultrasound Doppler untuk mengukur kecekapan aliran darah ke plasenta.



Bagaimana Preeclampsia dirawat?

Rawatan bergantung kepada usia kandungan. Jika kandungan dekat dengan jangkaan tarikh bersalin (EDD) dan bayi sudah cukup matang, doktor mungkin meminta untuk melahirkan bayi secepat mungkin

Tetapi jika preeclampsia yang ringan dan bayi  tidak mencapai perkembangan yang matang lagi , doktor  mungkin akan mengesyorkan melakukan perkara-perkara berikut :-

  • Rehat, posisi tidur adalah betul seperti berbaring di sebelah kiri membolehkan aliran darah yang optimum untuk saluran utama iaitu saluran vena cava
  • Kerap menjalankan pranatal check up
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari
  • Menukar diet anda dan mengambil makanan yang lebih protein
  • Jika mempunyai preeclampsia yang teruk, doktor mungkin cuba merawat dengan tekanan darah sehingga kandungan cukup matang untuk dilahirkan selamat, selalu berehat di atas katil, menukar diet dan mengambil supplemen tambahan.
Ha,apa suplemen tambahan yang sesuai? Saya cadangkan set Ibu Hamil Shaklee. Sangat membantu untuk mencegah preeclampsia.



Bagaimana preeclampsia boleh menjejaskan ibu hamil?

Jika preeclampsia tidak dirawat dengan cepat dan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius bagi ibu seperti kegagalan fungsi hati atau buah pinggang, mempunyai risiko masalah jantung kardiovaskular yang boleh mengancam nyawa

Eclampsia adalah preeclampsia yang serius yang tidak dirawat segera di mana ibu mula mendapat sawan, Sindrom HELLP (hemolisis, enzim hati tinggi, dan kiraan platlet yang rendah ) - Satu keadaan yang biasa berlaku pada lewat kehamilan yang menyebabkan sel darah merah pecah, darah beku dan menjejaskan fungsi hati bagi ibu hamil.

Bagaimanakah Preeclampsia menjejaskan bayi anda?

Preeclampsia boleh menghalang plasenta mendapatkan darah yang cukup. Jika Plasenta tidak mendapat darah yang mencukupi, bayi  mendapat kurang oksigen dan makanan. Ini boleh menyebabkan berat lahir bayi sangat ringan.

Kebanyakkan ibu hamil masih boleh melahirkan bayi yang sihat jika preeclampsia dikesan awal dan dirawat dengan segera

Bagaimana mencegah preeclampsia?

Tiada cara yang pasti untuk mencegah preeclampsia. Tetapi, terdapat beberapa cara boleh mengawal tekanan darah tinggi iaitu :-


  • Kurangkan pengambilan garam
  • Minum 6-8 gelas air sehari
  • Kurangkan makan makanan goreng dan makanan ringan
  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Kerap bersenam seperti menjalani yoga kehamilan
  • Tinggikan kaki anda beberapa kali setiap hari
  • Elakkan minuman yang mengandungi alkohol
  • Elakkan minuman yang mengandungi kafein
  • Doktor anda mungkin mencadangkan anda mengambil ubat yang ditetapkan dan supplemen tambahan.

Ok, itu saja maklumat tentang preeclampsia. Sesiapa yang alami masalah ini, wajib segera kawal. Ambil vitamin untuk kawal tekanan darah tinggi sekaligus mengawal preeclampsia. Hubungi saya untuk saya berikan konsultasi terbaik untuk ibu-ibu tersayang.

Terima kasih sudi jenguk blog ini.

Datang lagi ya.

Natrah Mohamed
Bangi Bandar Ilmu.
011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design