Saturday, November 29, 2014

6 Kesan kekurangan kalsium pada badan

Teks: Natrah Mohamed
Sumber: Blog Vitamin Suci 

Dulu kan, saya selalu lenguh-lenguh badan, sakit belakang, kaki saya, bila jalan terlalu lama, cepat lenguh hingga sebabkan cramp. Masa tu, saya tak tahu, ia berpunca akibat tak minum susu. Badan tak cukup kalsium. Eh, tapi jangan salah paham, bukan susu saja sumber kalsium, ada lagi. Bayam, buah badam, keju, dan kacang. Tapi semua ni teramat sangat jarang masuk dalam menu harian saya. 

Masa mengandung, selalu cramp dan sakit badan. Gigi selalu sakit. Saya mula minum susu apabila suami nasihatkan dan tolong beli. Heheh. Tapi masih belum dapat atasi masalah-masalah ini.

Eh, mari kita kaji kesan kekurangan kalsium dulu.

6 Tanda kekurangan KALSIUM
  1. Insomnia - Kekurangan kalsium menyebabkan susah untuk tidur dan seterusnya tidak berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur pula kita tak dapat masuk ke fasa tidur yang nyenyak. Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya!
  2. Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, Stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.
  3. Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.
  4. Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kekurangan, boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.
  5. Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.
  6. Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan ototkebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya
Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:
  • Mudah kejang otot atau semut-semut (terutamanya ibu-ibu mengandung)
  • Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
  • Usus lemah dan sering mengalami sembelit
  • Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
  • Cepat marah dan terkejut
  • Luka susah untuk sembuh. Dan jika luka, darah lambat membeku
  • Sakit sendi
  • Kadar metabolisma menjadi rendah
  • Berisiko mengidap penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Tidak bermaya dan sering keletihan.  
  • Rambut gugur (masalah wanita selepas bersalin) 

Bagaimana OsteMatrix membekalkan KALSIUM?

Sebelum itu, saya kongsikan kandungan kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan kita mengikut tahap usia.

Kalsium yang diperlukan oleh badan

Sebiji OsteMatrix mengandungi:
  • Kalsium - daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi - 1,000 mg (100% DV)
  • Magnesium - 400 mg (100% DV) - untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • Vitamin D - 400 IU (100% DV)  - untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron (3mg) - membantu dalam metabolisma tulang
  • Mangan, copper & zink - mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang
Setiap dewasa disarankan mengambil Kalsium 600mg hingga 1000mg untuk memenuhi keperluan tubuh. Kalsium yang tinggi boleh didapati dalam Almond, Ikan Sardin segar bukan yang ditinkan ya, Keju, Kerang, Sayuran Hijau, Tauhu, Bijan, Susu dan Kekacang.


Adakah kita penuhi menu seharian dengan makanan yang tinggi Kalsium? Jika tidak, kita wajar fikirkan kaedah lain. Kita sedar, usia semakin meningkat, kandungan Kalsium semakin merudum dan mula rasa kejang otot di sana sini tapi masih belum mahu berubah. Jangan nanti bila kita telah disahkan osteoporosis(reput tulang), baru kita mula panik mencari kalsium. Saat itu, kita mungkin telah terlewat.

Setiap tablet OsteMatrix Shaklee mengandungi 250mg, sehari anda perlukan 4 tablet OsteMatrix Shaklee untuk memenuhi 1000mg sehari. Jangan pula terlalu suka makan OsteMatrix Shaklee sampai telan melebih 2500mg, sebab limit Kalsium yang mampu diproses badan kita sehari, hanya 2500mg.


Saya mula kenal OsteMatrix ini semasa mengandungkan Nafiz. Akhir-akhir kehamilan baru mula makan. Alhamdulillah. Lepas mula makan OsteMatrix ini, tiada lagi cramp atau simpul biawak. Terutama apabila tidur. bangun tidur pun senang, tak perlu bersusah-susah untuk berpaut pada dinding seperti sebelumnya. Lega sangat rasanya. Oh ya, OsteMatrix juga membantu ibu-ibu mudah bersalin. 
Eh, banyaklah cerita-cerita gembira OsteMatrix ni. Nanti saya share ya. Jangan lupa datang blog ni lagi. Saya sedia berkongsi cerita.

Natrah,
Pengguna dan pengedar OsteMatrix.
011-27016822
Bandar Baru Bangi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design